Dreamstime

Royalty Free Images

Tuesday 24 May 2011

HATI, JIWA, AKAL PERLU SEIRING


Untuk menjadi manusia yang betul-betul berguna kepada agama, bangsa dan negara, 3 elemen iaitu hati, jiwa dan akal perlu digunakan secara tidak terpisah. Pepatah ada meneyebut:

1) ‘Ikut hati mati’
2) ‘Ikut rasa binasa’
3) ‘Ikut nafsu lesu'

Kadang-kadang kita tak terfikir pun kenapa pepatah sebegitu boleh wujud. Sebenarnya terdapat maksud tersirat disebaliknya. Ragam manusia pelbagai-bagai tetapi selagi manusia itu ada hati, jiwa dan akal yang digunakan secara seiring, mereka tidak akan terjebak melakukan perkara-perkara mungkar, perkara yang merosakkan diri, kebinasaan dan lain-lain perkara buruk. Beberapa contoh jelas tentang 3 elemen dlm diri manusia yg tidak digunakan secara seiring:-

1)Orang yang putus cinta sanggup membunuh diri kerana terlalu kecewa. Golongan ini memiliki jiwa yang kosong, hanya terlalu mengikut kehendak hati sahaja tanpa menggunakan pemikiran yang waras.
2) Orang yang sentiasa berkata-kata dengan kata-kata yang berunsur umpatan, kejian, kutukan dan fitnah. Golongan ini telah dirasuki jiwa mereka dengan sifat2 iblis, meluahkan perkataan tanpa berfikir dan rasa bersalah.
3) Orang yang cepat marah/baran. Mereka ini mempunyai jiwa yang celaru dan pemikiran yang tidak tenteram. Ingatlah bahawa, sifat marah itu ada kaitannya dengan kekosongan jiwa. Mungkin mereka telah lama meninggalkan amalan yang disuruh oleh Allah. Contohnya mereka tidak lagi atau jarang solat, tidak lagi atau jarang berzikir, tidak lagi membaca Al-Quran, pemikiran mereka hanya tertumpu kepada keduniaan semata-mata bahkan mungkin mereka telah berlaku syirik kepada Allah.
4) Golongan terpelajar, cendiakawan, bijak pandai mungkin juga akan terjerat dengan perangkap nafsu, amarah dan sifat-sifat keji yang lain sekiranya mereka mengkesampingkan 3 elemen seperti yang dinyatakan. Amalan songsang yang menyimpang dari jalan Allah hampir setiap hari kedengaran melibatkan golongan ini. Siapa sebenarnya yang harus dipersalahkan?

Bijak bukan beerti seseorang itu beriman, pangkat yang tinggi juga bukan beerti seseorang itu beriman, hebat juga bukan beerti seseorang itu beriman bahkan harus diingat, orang yang beriman itu memiliki keseluruhan kebersihan hati, jiwa, pemikiran yang meletakkan mereka sangat mulia disisi Allah. Kemaskini diri dengan memurnikan hati, jiwa dan pemikiran boleh mewujudkan sifat terpuji bagi manusia.

Kesimpulannya, kita sebagai manusia haruslah sedar bahawa jika kita melakukan sesuatu perkara yg tidak baik maka kita sebenarnya memisahkan 3 elemen penting dalam diri kita iaitu hati, jiwa dan akal. Makanan hati dan jiwa adalah melaksanakan amalan wajib dan sunat yg disuruh oleh Allah manakala makanan bagi akal kita adalah sentiasa mencari ilmu yg baik untuk kebahagiaan hidup di dunia dan kesejahteraan hidup di akhirat. Wallahhua’lam...

No comments:

Powered By Blogger