Dreamstime

Royalty Free Images

Tuesday, 3 July 2012

SUKAN LOMPAT JAUH DAN APLIKASINYA DALAM BIOMEKANIK SUKAN



Pengenalan

Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang ahli sukan atau atlet cuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat pelepasan. Mereka yang bertanding akan berlari di laluan (pada tahap elit, biasanya mempunyai permukaan yang sama dengan trek larian) dan melompat sejauh yang boleh dengan memijak sepintas pada papan kayu ke bahagian yang diisi pasir atau tanah. Jarak minimum dari papan ke tanda yang dibuat oleh atlit pada pasir diukur. Jika seseorang itu memulakan lompatannya dengan mana-mana bahagian kakinya di depan atau melebihi papan (satu lapisan plastisin diletakkan dengan segera di depan papan untuk mengesan ketepatan ini), lompatannya diisytiharkan salah atau batal dan tiada jarak akan direkodkan. Format sebenar pertandingan ini berbeza, tetapi secara amnya peserta akan mendapat beberapa kali cubaan untuk membuat lompatan dan hanya lompatan yang terpanjang akan dikira sebagai keputusan. Peserta dengan lompatan sah yang paling jauh pada akhir pertandingan akan dikira sebagai juara.
Kelajuan semasa berlari dan tinggi lonjakan merupakan kunci lompatan yang jauh. Oleh itu tidak hairanlah jika atlet lari pecut turut bertanding dan memenangi acara ini. Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Sukan Olimpik. Acara ini juga dicatat sebagai dua daripada rekod dunia yang paling lama berdiri dalam sebarang acara balapan dan padang. Pada 1935, Jesse Owens mencatatkan rekod dunia yang tidak dipecahkan sehingga 1960 oleh Ralph Boston. Lompat jauh adalah salah satu daripada acara Olimpik pada Yunani Purba. Seseorang atlit akan memegang beban pada kedua-dua tangan yang dipanggil halteres. Beban ini akan dilayangkan ke hadapan seiring apabila atlet melompat untuk menambah momentum dan dibaling ke belakang apabila berada di udara untuk menolaknya ke hadapan. Paling dingati dalam acara purba adalah seorang lelaki dipanggil Chionis di mana pada Olimpik 656 SM mencatatkan lompatan sejauh 7 m 5 cm.

Dalam sukan lompat jauh ini, pergerakan seseorang atlet itu merupakan faktor penentu samada lompatan dapat dilakukan dengan baik serta memperolehi jarak yang jauh. Sekiranya teknik serta pergerakan biomekanik berkaitan dengan lompatan tersebut dilakukan dengan baik, maka jarak lompatan boleh mencapai jarak yang jauh. Terdapat beberapa fasa pergerakan atlet lompat jauh seperti fasa larian, fasa ‘take off’, fasa terbang dan fasa ‘landing’. 

 Fasa Larian

Pada fasa ini, atlet lompat jauh perlu melakukan larian pecut dengan teknik yang betul untuk mendapatkan kelajuan yang maksimum bagi memperolehi daya yang lebih ketika melakukan lompatan. Kelajuan larian dengan teknik yang terbaik merupakan antara faktor bagi memperolehi lompatan yang jauh. 

Fasa ‘Take Off’

Fasa ‘take off’ bermula pada atau di atas garisan yang telah ditandakan. Ianya dilakukan selepas larian pecut dilakukan. Kaki dominan akan memijak tanda garisan sebelum melakukan henjutan. Badan berada pada posisi lurus manakala ‘upper arm’ memainkan peranan untuk menambah daya. Kegagalan peranan ‘upper arm’ akan menyebabkan pengurangan halaju horizontal. Oleh kerana manusia mempunyai tahap limitasi, lompatan pada kecerunan 45 darjah adalah lompatan yang paling maksimum yang boleh dilakukan bagi mendapatkan jarak jauh lompatannya.

Fasa Terbang

Fasa terbang adalah selepas melakukan ‘take off’. Pada fasa ini, atlet lompat jauh yang melakukan lompatan akan berada di udara atau dipanggil penerbangan yang sementara. Keseluruhan anggota terlibat seperti badan, upper arm dan lower arm. Badan akan ke hadapan manakala upper arm memainkan peranan dengan melakukan ayunan. Lower arm pula akan bertindak melakukan kayuhan di udara seolah-olah seperti mengayuh basikal bagi mendapatkan lompatan yang maksimum.

Fasa ‘Landing’

Fasa ‘landing’ atau fasa mendarat merupakan fasa yang terakhir bagi lompat jauh. Lompatan akan dikira berdasarkan kaki yang melakukan pendaratan. Pada fasa ini, atlet lompat jauh biasanya akan mendarat dengan menggunakan kedua-dua belah kaki bagi memperolehi jarak lompatan yang maksimum. Selepas fasa terbang, perkara yang penting sebelum pendaratan adalah ‘timing’. Ini kerana, sekiranya ‘timing’ tidak dilakukan dengan tepat, kemungkinan besar pendaratan tidak dapat dilakukan dengan baik.

Kesimpulan

Walaupun seseorang atlet lompat jauh itu berjaya melakukan larian pecut yang baik, mereka tidak akan memperolehi jarak yang jauh bagi lompatan yang dilakukan sekiranya teknik-teknik atau pergerakan biomekanik tidak dilakukan dengan sempurna. Lompat jauh merupakan salah satu sukan yang memerlukan seseorang atlet itu bijak membebaskan anggota badannya (degree of freedom). Degree of freedom ini amat penting kerana ianya akan memudahkan sesuatu pergerakan itu dilakukan dengan sempurna. Disamping itu juga, darjah maksimum yang perlu dicapai bagi lompatan yang baik adalah sekitar 45 darjah. Ini kerana manusia mempunyai limitasi untuk melakukan lompatan yang lebih daripada tahap 45 darjah. Fasa-fasa yang dihuraikan di atas adalah sebahagian daripada teknik-teknik yang perlu diketahui oleh atlet lompat jauh bagi memperolehi lompatan yang jauh dan paling meksimum.  Rujuk lampiran 1 berkaitan teknik melakukan lompatan dalam sukan lompat jauh.

Rujukan

MURAKI, Y. et al.: A 3-dimensional cinematographical analyds of foot

             deformations during the take-off-phase of the Fo.sburv flop. In:

             Track and Field Quarterly Review (1982), 4, pp.33 36.


REID. P.: A closer look at Dick Fosbury’s flop technique in: Track and Field

             Quarterly Review (i982). p. 30.


TIDOW, G.: Model technique analysis sheet for the horizontal jumps. Part 1:
              The long jump. In: New Studies in Athletics (1989). 3. pp.47 62.

No comments:

Powered By Blogger