Dreamstime

Royalty Free Images

Thursday 31 May 2012

SELANGKAH KE ALAM PERKAHWINAN


Pengertian perkahwinan

Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan agama peserta-peserta. Sifat duaan ini, iaitu kontrak undang-undang terikat serta janji kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat sukar disifatkan. Rekod-rekod tertua yang merujuk kepada perkahwinan mengatakan bahawa perkahwinan adalah satu adat resam yang mantap. Walaupun ahli-ahli antropologi telah mencuba mengesan asal perkahwinan, umpamanya hipotesis persetubuhan primitif secara rambang, mereka telah gagal memperoleh sebarang bukti.


Di dunia Barat, perkahwinan difahami secara tradisi sebagai satu kesedudukan monogami antara seorang lelaki (suami) dan seorang perempuan (isteri), sedangkan di bahagian-bahagian dunia yang lain, poligami pernah merupakan bentuk perkahwinan yang biasa. Secara umumnya, pandangan masyarakat tentang konsep poligami adalah apabila seorang suami mempunyai lebih daripada seorang isteri. Sebenarnya dalam antropologi, konsep yang paling tepat untuk menghuraikan seorang suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri ialah poligini manakala konsep yang menghuraikan seorang isteri yang mempunyai lebih daripada seorang suami ialah poliandri. Poligami biasanya mengambil bentuk poligini (seorang lelaki mempunyai banyak isteri), tetapi sebilangan masyarakat yang amat kecil membenarkan poliandri (seorang perempuan mempunyai banyak suami).

Perkahwinan menurut Islam

Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

Salah satu sebab penting kenapa manusia perlu berkahwin adalah untuk membina keluarga seterusnya mengembangkan zuriatnya dengan cara yang halal. Namun, ketentuan untuk memperolehi zuriat bukanlah ditentukan oleh manusia itu sendiri kerana Allah lah yang berkuasa ke atas segala-galanya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui perancangan ke atas setiap hambaNya. Oleh sebab itulah ada dikalangan pasangan yang tidak dikurniakan zuriat walaupun usia perkahwinan mereka telah lama. Ini bukan bermaksud Allah itu tidak adil. Mungkin itu sebahagian ujian ke atas manusia yang mengaku Beriman kepadaNya. 

No comments:

Powered By Blogger