Dreamstime

Royalty Free Images

Sunday 8 April 2012

BELAJAR TINGGI-TINGGI TAPI OTAK MACAM KELDAI

 
Limpahan kolej dan universiti di negara kita selari dengan kemahuan kerajaan kita yang mahu mewujudkan masyarakat yang berilmu, berpelajaran hingga ke akhir hayat. Namun apakah dengan kewujudan pusat pembelajaran seantaro negara kita dapat melahirkan masyarakat yang bijak serta pintar dari semua aspek kehidupan bergelar manusia yang berkualiti? Kupasan penulis dalam artikel kali ini adalah untuk membuka mata semua pihak bahawa kebanyakan masyarakat yang berpendidikan tinggi di negara kita kita  semakin hanyut, rosak dan ber'otak' keldai!

Satu masa dahulu mereka yang bergelar mahasiswa/mahasiswi begitu dipandang tinggi oleh masyarakat. Fenomena tersebut amat berbeza kini kerana golongan mahasiswa/mahasiswi tidak lagi dianggap golongan bijak pandai dek kerana moral kebanyakan daripada mereka ibarat sampah yang sangat busuk. Saban hari terpampang di dada akhbar perihal golongan mahasiswa/mahasiswi yang melampaui batas-batas moral, sosial dan agama. Lebih parah lagi ada di antara mereka yang terpesong jauh daripada landasan sebenar selaku mahasiswa/mahasiswi.

Bukan tujuan penulis untuk mengaibkan mana-mana pihak tetapi ianya lebih kepada rasa geram yang menebal melihat aksi-aksi 'sial' anak muda kini yang bergelar mahasiswa/mahasiswi begitu mudah terjerumus ke dalam kancah yang tidak sepatutnya mereka berada. Mungkinkah penularan budaya barat sangat mudah diakses oleh golongan bijak pandai ini? Atau mungkinkah kebebasan hidup yang jauh daripada keluarga menyebabkan golongan mahasiswa/mahasiswi merasakan mereka bebas untuk melakukan apa sahaja?

Persoalan itu terlalu subjektif untuk dijawab kerana penglibatan golongan mahasiswa/mahasiswi dalam kancah yang tidak sihat semakin meningkat selari dengan semakin banyak pertumbuhan pusat-pusat pendidikan di negara kita samada institusi pendidikan awam mahu pun swasta.

Walau apa pun, kita sebagai sebahagian daripada masyarakat perlu dengan secara serius mengambil tahu keadaan di sekeliling kita. Punca kerosakan akhlak remaja hari ini mungkin bermula dari rumah, sekolah sehingga terbawa-bawa ke menara gading. Ibu bapa harus menanam rasa tanggungjawab yang lebih untuk memantau anak-anak mereka. Jangan sesekali meletakkan kepercayaan 100% terhadapa anak-anak kita. Namun harus diingat, didikan kita kepada anak-anak perlu dilakukan secara menyeluruh walau seharian kita sibuk bekerja. Yang paling penting, asas kepada kehidupan kita adalah agama. Jadi Semaikanlah benih kerohanian yang menjadi tuntutan dalam agama kita seberapa banyak yang mungkin kepada anak-anak supaya bekalan perjalanan hidup mereka sentiasa dirahmati, diberkati serta dijauhkan daripada sifat-sifat iblis Laknatullah. Wallahua'lam...

No comments:

Powered By Blogger