Dreamstime

Royalty Free Images

Monday, 13 August 2012

PASARAYA PERBODOHKAN MASYARAKAT DENGAN JUALAN POTONGAN HARGA!


PASARAYA PENIPU!

Entah masyarakat kita sedar atau pun tidak dengan penipuan sebahagian besar pasaraya tempatan melalui jualan potongan harga 10%, 30%, 50% hinggalah 70% dan ada juga mencecah sehingga 90%. Nasib baik tidak ada yang potongannya 100%. Terus dapat percuma la jawabnya. Jualan potongan harga membabitkan item-item seperti pakaian, beg, kasut dan beberapa item yang lain. Fuh! Ada ke untung mereka dengan potongan harga yang begitu banyak? Sesiapa pun akan tertarik jika potongan harga sehingga 90%! Jimatlah perbelanjaan.

Pada hakikatnya indah khabar dari rupa. Penulis telah menjalankan kajian sendiri apakah benar potongan harga tersebut. Hampir 5 tahun kajian yang dibuat, rupa-rupanya masyarakat kita sebenarnya telah ditipu hidup-hidup. Cuma cara penipuan tidak dapat disedari sekiranya pembeli jarang berkunjung ke pasaraya. Beberapa contoh penipuan adalah seperti situasi di bawah:-
1. Jualan 'Buy One Free One' - Sebenarnya harga untuk barangan percuma itu telah pun termasuk dengan harga yang ditawarkan. Contohnya; harga sehelai baju RM30. Promosi pasaraya akan meletakkan harga RM59.99 (harga psikologi yang mana digenapkan menjadi RM60) untuk sehelai baju manakala iklan promosi adalah 'beli sehelai baju, dapat percuma sehelai lagi baju'.

2. Potongan harga 10% - 90% - Penipuan potongan harga dengan cara begini sungguh biadap tanpa kita sedari. Contoh; harga pada tag harga sehelai seluar adalah RM150 dan diberikan senarai harga selepas potongan iaitu 70% bersamaan dengan RM45. Memang benar potongan harga diberikan tetapi pada hakikatnya, seluar tersebut harga asalnya adalah RM45. Pihak pasaraya cuma menukarkan tag pada seluar untuk menunjukkan harga seluar berkenaan pada ketika itu diberi potongan harga yang sangat besar nilainya.

Dua situasi di atas sudah cukup untuk penulis berikan contoh. Benarkah kebanyakan pasaraya melakukan promosi tipu ssedemikian? Jawapannya adalah ya kerana rata-rata pasaraya yang penulis buat tinjauan, modes operandinya adalah mirip. Adakalanya potongan harga sesetengah pasaraya tidak berlaku secara serentak, jadi pembeli sukar untuk menilai. Penulis pernah singgah di pasaraya A dan meninjau harga seluar sebelum potongan harga. Penulis pergi ke sebuah lagi pasaraya iaitu pasaraya B yang mengadakan jualan potongan harga. Selepas diselidiki, harga di pasaraya B adalah sama sahaja dengan harga yang ditawarkan oleh pasaraya A sedangkan pada ketika itu pasaraya B memberikan potongan harga ke atas seluar yang sama yang ada di pasaraya A. Setelah penulis perhatikan betul-betul, harga seluar tersebut telah dinaikkan untuk diberikan potongan harga. Sungguh licik sebenarnya tauke-tauke besar pasaraya!

Beberapa kali penulis sempat bertanya kepada pekerja yang bekerja di pasaraya yang sempat penulis singgah, kenapa harga seluar selepas potongan harga adalah sama dan tidak ada beza selepas potongan harga? Penulis menunjukkan resit pembelian kepada mereka. Ternyata mereka sendiri pun takut-takut untuk menjawab pertanyaan penulis. Mereka hanya berkata,"saya tak tahu, saya cume pekerja sahaja".

Nasihat penulis agar masyarakat sedar akan hakikat penipuan yang telah lama berlaku. Tauke-tauke besar pasaraya telah berjaya memperbodohkan mereka yang gilakan 'shopping' dengan potongan harga 'gila-gila'. Namun begitu tidaklah semua barangan potongan harga itu tipu belaka. Ada juga tempat-tempat tertentu yang benar-benar mengadakan jualan potongan harga seperti premis membuat jualan 'clearence stock' sempena penutupan premis berkenaan dengan memberikan potongan harga yang memang benar dan tiada unsur mainan psikologi atau unsur-unsur penipuan.

Penulis akan cuba mendapatkan bukti-bukti penipuan serta perbandingan harga dalam edisi dedah seterusnya. Apa yang penting, penulis sangat berharap semoga pihak berkuasa tempatan dapat memantau keadaan yang berlaku di pasaraya-pasaraya besar berkaitan penipuan yang penulis dedahkan dan mengambil tindakan sewajarnya supaya masyarakat tidak lagi diperbodhkan dengan sebodoh-bodohnya.

2 comments:

wawa said...

macam detektif.. heheheee

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

hahaha...yg pasti bkn detective conan...

Powered By Blogger