Dreamstime

Royalty Free Images

Tuesday 1 January 2013

SELAMAT DATANG 2013

Hari ini merupakan permulaan tahun 2013. Tidak ada ada pun yang istimewa kerana ianya hanyalah sekadar pergerakan masa yang telah diatur oleh Ilahi. Manusialah yang menjadikan sesuatu hari itu istimewa namun disisi yang Maha Perkasa, belum tentu istimewa seseorang itu yang merasa bangga dengan hari yang mereka anggap istimewa itu.
 
Seperti kebiasaan, orang akan sering memperkatakan tentang azam baru saban tahun. Penting sangatkah azam kita? Jika sesuatu azam itu boleh menjadikan kita lebih baik, lebih hebat, lebih cemerlang, lebih berjaya dan yang paling penting lebih BERIMAN, maka azam itu tersangatlah penting tetapi jika sebaliknya tidak perlulah kita membazirkan air liur untuk menyebut tentang azam baru.
 
Bagi penulis, setiap manusia mempunyai azam yang tersendiri. Penulis sendiri dgn penuh rasa rendah diri berharap agar pada permulaan tahun ini, akan menjadi manusia yang lebih baik sehingga penghabisan tahun seterusnya untuk tahun-tahun yang mendatang. InsyaAllah...
 
Dengan kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2013 kepada semua pembaca setia yang budiman, pelawat blog serta seluruh masyarakat seantero benua dengan harapan agar kita terus-menerus di dalam kerahmatan dan kemuliaan Allah S.W.T..Aminn

No comments:

Powered By Blogger