Ada segelintir masyarakat yang menzahirkan rasa marah dengan perkongsian video rakaman cctv mengenai 'Pengawal keselamatan tembak mati Pegawai Ambank'. Bagi mereka, perkongsian video sedemikian terlalu sensitif dan tidak menghormati arwah serta keluarganya. Bagi saya, ada baik dan buruknya perkongsian video tersebut untuk tatapan awam khususnya mereka yang aktif di alam cyber.
Keburukan
- Dengan niat untuk mempersendakan kematian arwah & menyakiti hati keluarganya.
- Berkongsi video tapi dalam masa yang sama tidak merasa simpati apatah lagi untuk bersikap empati.
- Memang suka-suka untuk berkongsi.
- Tidak tahu apa yang dikongsikan.
KEBAIKAN
- Dengan niat utk menghebahkan kpd org ramai supaya mengenali suspek & melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada sebarang maklumat.
- Supaya orang ramai lebih berhati-hati jika terjumpa/terserempak dengan suspek.
- Berkongsi agar semua masyarakat sedar betapa kejamnya jenayah sebegini.
- Rasa ingin membantu mengikut kemampuan walaupun hanya sekadar perkongsian maya.
- Satu usaha yang murni untuk sama-sama membantu mengikut kemampuan masing-masing.
Sesuatu perkongsian itu tidak semestinya mendatangkan keburukan semata-mata. Dalam zaman yang pesat dgn kecanggihan teknologi, selagi mana ia digunakan ke arah ynag positif maka penafsiran secara emosional akan menggagalkan kemajuan teknologi tersebut. Siapa tahu dengan perkongsian melalui maya ini berupaya membantu memperolehi maklumat penting dan akhirnya memudahkan pihak berkuasa tempatan mengambil inisiatif tertentu untuk menangkap serta membawa suspek ke muka pengadilan. Kewajarannya tetap ada memandangkan penggunaan medium sosial ini sgt meluas dalam kalangan masyarakat. Sensitiviti pihak yang terlibat tetap perlu dijaga tetapi jika matlamat yang baik kita dahulukan ianya bukan lagi sensitif bahkan menjadi maklumat penting dan berguna untuk tujuan hebahan menyedarkan masyarakat. Hari ini segala-galanya memerlukan bukti yang konkrit dalam apa jua perkara lebih-lebih lagi sesuatu perkara itu dapat diketahui dan dilihat dengan mata kepala sendiri. Masyarakat kini tidak terkesan jika hanya dimomokkan dengan kata-kata, tulisan, percakapan lisan dan sebagainya. Mereka perlukan bukti nyata yang boleh dilihat seterusnya dapat dinilai oleh mereka sendiri.
Kenapa penulis meletakkan tajuk JANGAN HIPOKRIT? Banyak sebabnya. Kita tersilap meletakkan tahap sensitiviti kita. Jika kita benar-benar sensitif, hentikan tayangan semua filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Kita sebagai peminat pun jangan lagi menontonnya. Kerana apa? Kerana sensitif dan menghormati arwah dan keluarganya. Tak usah ditayangkan video tentang malapetaka tsunami di Acheh. Kerana apa? Kerana sensitif dan menghormati keluarga si mati. Tak usah ditayangkan video atau gambar kekejaman dan pembunuhan di Mesir, Syria, Palestin, Afganistan dan lain-lain. Kerana apa? Kerana sensitif dan menghormati keluarga si mati. Jika begitulah kita labelkan tahap sensitiviti kita, ternyata keupayaan IQ kita masih rendah. Kita ketinggalan jauh dalam arus kemodenan teknologi.
Sebab itulah bagi saya, persepsi masyarakat perlu diperbaiki. Sensitiviti perlu ditakrifkan dalam kerangka yang lebih luas. Adakalanya kita terlalu sensitif dalam perkara yang tidak sepatutnya kita sensitif tetapi dalam masa yang sama, perkara yang benar-benar sensitif, kita hanya memandang enteng. Aliran pergerakan dan penerimaan maklumat melalui maya kini begitu pastas. Semua maklumat yang disampaikan sangat mudah iaitu dengan hanya sentuhan jari jemari. Boleh dikatakan medium sosial kini menjadi antara medium terbesar dan terpantas untuk menyampaikan maklumat bahkan jika disalahgunakan boleh memberi impak yang negatif kepada sesebuah masyarakat, agama, bangsa dan lebih padah lagi boleh menggugat kestabilan negara.
Persoalannya kenapa kita perlu sensitif dalam menghebahkan maklumat atau data mentah kepada masyarakat tentang sesuatu kejadian untuk tujuan yang baik? Jika kita tidak mahu dilabel sebagai bangsa yang hipokrit maka gunakanlah akal yang waras, hati yang terbuka, pemikiran yang bijak dan akhirnya buat penilaian secara total InsyaAllah kita akan dapat bezakan yang mana perlu sensitif dan yang mana tidak perlu.
1 comment:
Kerana apa?Kerana mrk yg sgt dungu...kerana apa?krn mrk sensitif tidak bertempat..krn apa?krn mrk blm pernah kena....
Post a Comment