Dreamstime

Royalty Free Images

Thursday, 5 September 2013

MOTIVASI: PERLUKAH PAKAR MOTIVASI JUTAWAN MENJADI SEORANG JUTAWAN?


Agak lama menyepi daripada penulisan artikel. Terdetik dalam benak fikiran hari ini untuk menulis. Beberapa hari lepas 'sambil-sambil' lepak dan melayan 'FB' terbaca status yang di'post' oleh salah seorang daripada kalangan 'friendlist' penulis. Status berkenaan lebih kurang begini "Banyak juga iklan seminar jadi jutawan oleh jutawan yang jadi jutawan dengan mengajar orang menjadi jutawan walaupun mereka tidak jutawan dengan perniagaan selain dari perniagaan ajar orang jadi jutawan. Maka ramailah yang kecewa dengan kegagalan mereka menjadi jutawan menerusi seminar jutawan"

Penulis mengamati betul-betul status berkenaan dan mula berfikir apa yang tidak kena dengan 'talk' atau seminar tentang melahirkan masyarakat ke arah menjadi seorang jutawan. Komentar penulis dalam ruangan artikel kali ini bukan untuk memalukan penulis status berkenaan jauh lagi untuk menjadikannya seteru penulis. Ianya sekadar perkongsian ilmiah supaya kita perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan lebih-lebih lagi ianya boleh mewujudkan persepsi yang tidak baik dalam kalangan masyarakat banyak. 

Didalam ilmu psikologi, banyak perkara yang boleh dipelajari antaranya ilmu yang berkaitan hubungan kekeluargaan, hubungan sosial, hubungan manusia dengan persekitaran, ilmu berkaitan motivasi, perkara yang berkaitan dengan emosi, pengurusan konflik & stres dan banyak lagi yang mana ianya merupakan satu kajian ke atas manusia dari pelbagai sudut. Manusia yang lahir akan melalui norma-norma sebagai manusia dan akan sentiasa berhubung dengan dunia luar.

Berbalik kepada program melahirkan jutawan didalam penganjuran seminar dan sebagainya, ianya bukanlah sesuatu yang biasa malah dengan adanya seminar atau 'talk' yang berkesan, tidak mustahil ramai jutawan lahir hasil daripada seminar tersebut meski pun orang yang memberikan 'talk' tersebut bukanlah seorang jutawan. Kenapa begitu? Kupasan di bawah akan menjawab persolan yang timbul.

Manusia akan sentiasa melalui pelbagai pengalaman dalam hidup mereka, dengan pengalaman yang diperolehi, mereka dapat mempelajari sesuatu yang baru. Istilah belajar daripada pengalaman memberi maksud bahawa setiap pengalaman itu boleh ditakrifkan sebagai pelajaran atau pengajaran dan juga ilmu baru bagi manusia. Manusia akan sentiasa meletakkan matlamat dalam hidup mereka. Untuk mencapai matlamat yang diingini, mereka memerlukan usaha, tindakan, doa, tawakkal dan seterusnya apa yang disebut motivasi intrinsik/ekstrinsik atau dorongan atau semangat atau lain-lain istilah yang sama dengannya. 

Apa itu motivasi intrinsik? Ianya dorongan/semangat/ motivasi yang tercetus dalam diri seseorang itu. Semangat dan motivasi manusia wujud dalam pelbagai cara. Melalui pengalaman, melalui dorongan, melalui pembelajaran, melalui penglihatan, melalui pendengaran dan banyak lagi. Adakalanya semangat datang dalam diri mereka sendiri tanpa bantuan orang lain tetapi faktor luaran sebenarnya banyak membantu meningkatkan semangat seseorang itu. Sebagai contoh, seorang pemain bola sepak yang kelihatan telah hilang semangat, mendapat suntikan semangat baru untuk bermain dengan lebih baik apabila jurulatih mereka memberi kata-kata ransangan yang baik dan menaikkan semula semangat untuk berlawan. Yang pasti, tidak semua jurulatih terdiri daripada mereka yang hebat di era mereka bergelar sebagai pemain.

Manusia dicipta dgn pelbagai kebolehan dan kepakaran. Ada yang pandai menyanyi, ada yang pandai bermain alat muzik, ada yang genius dan macam-macam lagi termasuklah juga ada yang hebat berpidato, memberi ceramah dan sebagainya. Dengan adanya pakar-pakar tertentu dalam bidang-bidang tertentu maka akan wujudlah manusia yang memiliki pelbagai latar belakang. Dalam erti kata lain, kita tidak perlu menjadi seseorang terlebih dahulu sebelum menjadi seseorang. Sebagai contoh, seorang doktor tidak semestinya mewarisi bakat atau keperibadian doktor yang diwarisi oleh bapa/ibu/datuk/nenek dan sebagainya untuk menjadi seorang doktor. 

Mengapa motivasi itu sangat penting? Ibu bapa merupakan pendorong terkuat didalam sesebuah kekeluargaan. Dorongan yang baik oleh ibu bapa dapat memberi ransangan kepada anak-anak untuk menjadi insan yang benar-benar bergelar manusia. Jika seorang ibu/bapa perlu menjadi seseorang dahulu sebelum diperturunkan warisan itu kepada anak-anaknya maka kita akan dapati setiap keluarga itu benar-benar mewarisi keturunannya. Mengapa pula saya mengatakan dorongan ibu dan bapa merupakan dorongan terkuat?

Sebuah kisah pendek yang mana sebuah keluarga miskin mempunyai 3 orang anak. Kehidupan keluarga tersebut hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Walau bagaimanapun, ibu/bapa tersebut berjaya membesarkan anak-anak mereka dengan didikan yang cukup sehingga ketiga-tiga orang anak mereka berjaya menjawat jawatan yang besar-besar. Akhirnya ibu bapa itu telah pergi meninggalkan anak-anak mereka buat selama-lamanya. Anak-anak mereka pula kini memiliki harta yang banyak hasil daripada didikan yang baik oleh ibu bapa mereka. Jika diteliti daripada kisah tersebut, ibu bapa kepada anak-anak itu bukanlah siapa-siapa. Hanya manusia biasa yang hidup dalam kekurangan untuk membesarkan anak-anak mereka. Adakah ibu bapa tersebut perlu menjawat jawatan besar dahulu sebelum memotivasikan anak-anak mereka? Sudah semestinya tidak. Inilah yang dikatakan kuasa motivasi!

Berbeza sekali seorang pakar motivasi dengan seorang bomoh nombor ekor. Seorang pakar motivasi sentiasa menerapkan nilai-nilai yang baik untuk menaikkan semangat dan motivasi manusia. Seorang pakar motivasi, walau pun mereka bukan jutawan tetapi dengan kata-kata semangat/dorongan dan ilmu motivasi yang ada pada mereka, ianya boleh memberi impak semaksima mungkin seterusnya menggerakkan titik mula seseorang manusia itu daripada manusia yang biasa-biasa kepada seorang manusia yang luar biasa dan disegani. Seorang bomoh nombor ekor pula bukan memberi ransangan kepada pemujanya tetapi dalam ritual yang dibawah paras sedar, pemuja-pemujanya telah diperbodohkan dengan kekayaan 'mat jenin' yang tiada kesudahan. Sudahnya pemuja-pemuja hanyut dengan sifat bodoh diri mereka sendiri.

Seorang bapa tidak perlu kaya untuk memberi dorongan kepada anak-anak mereka untuk menjadi kaya. Seorang guru tidak perlu menjadi doktor untuk mendidik anak bangsa mereka menjadi seorang doktor. Seorang pakar motivasi tidak perlu menjadi jutawan untuk melahirkan ribuan masyarakat yang bergelar jutawan. Jika kita tidak mempunyai ilmu yang cukup, jangan sesekali memperlekehkan kepakaran seseorang hanya kerana kita merasakan orang itu hanya sekadar petah berkata-kata. Harus diingat bahawa hanya dengan kata-kata, tidak mustahil akan merubah dunia!

No comments:

Powered By Blogger