Dreamstime

Royalty Free Images

Wednesday, 6 January 2010

LUDAH SAHAJA MUKA PENJENAYAH!


Tidak sempat berjoli dengan harta yang diperoleh hasil rompakan, seorang penjenayah menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila matanya ditembusi besi cerucuk yang tertusuk hingga ke otak (Harian Metro 6/1/10).

Memang kalau diikutkan hati 'padan muka' ungkapan yang paling sesuai dihadiahkan kepada perompak seperti yang disiarkan dalam artikel Harian Metro hari ini. Kita tidak sepatutnya bersimpati dengan insiden yang berlaku terhadap perompak malang itu memandangkan 'si bedebah' tersebut merupakan diantara ribuan manusia sial yang tergamak merosakkan keharmonian negara yang dikecapi. Tidak cukup dengan kematian mengerikan itu kita sepatutnya beramai-ramai 'meludah kahak busuk' ke arah muka mereka bagi menyatakan kebencian kita terhadap mereka yang bergelar penjenayah.

Oleh kerana perbuatan jenayah segelintir daripada manusia laknat inilah yang mengakhibatkan kehidupan rakyat kita berada dalam ketakutan bukan kerana negara berada dalam situasi dunia peperangan tetapi kita seringkali ditakutkan dengan kes-kes jenayah kejam yang sangat menyeramkan. Lihat sahaja di dada-dada akhbar harian setiap hari maka, kita pasti akan terbaca artikel berkaitan jenayah yang sangat membimbangkan yang seolah-olah pihak berkuasa negara tidak lagi mampu menanganinya.

Entah kenapa kebanyakan jenayah yang berlaku kini kadang-kala tidak pernah terfikir oleh kita begitu atau begini akan jadinya dan di luar kotak logik pemikiran kita yang ianya akan dilakukan dengan begitu kejam tanpa ada sedikit pun rasa simpati oleh si pelaku. Umpamanya jenayah yang melibatkan kes-kes bunuh, rogol, rompak dan sebagainya. Dewasa ini, masyarakat sudah semakin takut dan menjadi kalut dek kerana penjenayah kejam yang tidak mengenal erti kasihan walaupun mangsa mereka adalah kanak-kanak kecil yang sudah pastinya belum mengerti apa-apa perihal dunia sekeliling mereka.

Saranan penulis agar kita sama-sama bersatu menerapkan nilai-nilai tanggungjawab, keberanian, kerjasama dan semangat yang tinggi untuk tidak memberi ruang dan peluang langsung terhadap penjenayah-penjenayah sial yang semakin hari semakin menunjukkan 'taring syaitan' mereka. Tidak salah kita membenci, menghina, dan mengutuk keras pelaku jenayah kerana dengan perasaan sedemikian setidak-tidaknya akan melahirkan aura keberanian dalam diri kita dan seterusnya memberikan kita semangat untuk sama-sama bertanggungjawab dalam mengurangkan kadar jenayah di negara kita dan lebih elok hasilnya nanti akan melenyapkan terus kes-kes jenayah di negara kita dengan kerjasama yang jitu. Bermula hari ini ayuhlah kita sama-sama 'meludah' tepat ke muka pelaku jenayah bagi menyatakan kehinaan kita terhadap mereka supaya mereka sedar bahawa seluruh rakyat yang cintakan keamanan membenci golongan bangsat itu.

No comments:

Powered By Blogger