Dreamstime

Royalty Free Images

Saturday, 6 September 2008

PERGI MATILAH SAMA ENGKAU EZAM!


Malam tu aku sedang menjamu selera di sebuah restoran milik adik aku. Sambil-sambil tu aku belek-belek surat khabar Utusan Malaysia yang bertarikh 21 Ogos 2008 yang ada kat atas meja makan. Aku belek sehelai demi sehelai sampailah pada halaman muka surat tujuh. Terpampang di situ muka seorang yang aku kenali dulu melalui ceramah-ceramah politik pembangkang pada ketika itu tak lain tak bukan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan iaitu Ezam Mohamad Nor. Aku terus sahaja mengikuti dan membaca temuramah beliau dengan wartawan Utusan Malaysia. Yang membuatkan aku nak terus baca isi kandung temuramah tersebut adalah kerana dalam kesibukan dan kekalutan ‘orang bising-bising’ mengenai Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, saudara Ezam juga ‘menyibuk’ sama berkempen untuk sebuah parti yang pernah dihentam habis-habisan ‘dulu-dulu’. Atas sebab apa Ezam ditemuramah tak pula aku tahu tapi aku yakin sebabnya nak ‘hentam’ pula bekas ketua beliau dulu iaitu Anwar Ibrahim.

Hairan bin ajaib (pinjam tajuk lagu XPDC) pula aku rasa. Dulu hentam ‘kaw-kaw’ yang sebelah sana, kini hentam pula ‘kaw-kaw’ pihak sebelah sini. Mana satu yang betul ni? Bagi aku orang macam ni tak payah lah nak di ambil peduli sangat sebab entah esok entah lusa dia hentam balik sebelah pihak yang dia bela sekarang ni. Aku harap pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional jangan bagi muka sangat dengan makhluk yang macam ni. Silap-silap dia jilat semula muntah-muntah’ bukan sahaja muntah dia sendiri, muntah orang lain pun dia sanggup jilat. Orang macam ni sepatutnya kita dah ‘kapankan’ karier politik dia. Tak boleh pakai dah. Kalau pakai pun untuk jadikan dia sebagai maskot ke tukang cuci kereta ke tukang cuci jamban ke tak pun apa-apa sahaja kerja-kerja yang sesuai dengan orang putar belit macam dia. Tapi bagi aku, jangankan nak masuk surat khabar, nak lalu depan rumah aku pun aku tak bagi. Sebab apa? Bukannya sebab politik tapi sebab dia dah buat aku pening. Pening dengan apa yang dia cakap dulu dengan apa yang dia kata sekarang. Aku rasa semua orang pun pening nak fikir pasal Ezam ni. Lebih baik biarkan dia dengan haluan belit dia.

Apa yang penting sekarang, kerajaan BN sepatutnya jangan gunakan ‘lidah bercabang’ Ezam untuk menentang Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Aku ‘gerenti’ dah ramai sangat orang tak suka pada makhluk yang suka bersumpah ini. Aku rasa lagi banyak BN gunakan khidmat dia, lagi banyaklah undi memihak kepada Anwar Ibrahim.Aku tak sokong mana-mana pun sebab aku ni pengkritik bebas. Aku bebas nak cakap dan nak tulis apa-apa pun. Apa yang aku fikir, aku cuba nak kongsi idea aku. Nak terima, tak nak terima terpulanglah. Dalam isu Permatang Pauh, baik pihak BN mahu pun Pakatan Rakyat, jangan jadikan isu peribadi sebagai senjata nak berjuang. Kalau setakat nak hentam peribadi, tak payah lah susah-susah nak jadi wakil rakyat. Masuk je Debat Agenda Daily macam Shabery Chik hentam Anwar hari tu. Ezam ni pun lebih kurang sama lah. Senjata utama dia cuma nak hentam peribadi Anwar sahaja. Dulu masa bersama Keadilan siapa yang dia tak pernah kata? Semua sekali kena. Lepas tu sumpah itu dan sumpah ini. Pelik sangat lah kalau orang macam ni pun BN nak guna lagi.

Dalam aku sedang menikmati nasi aku yang belum habis lagi dari tadi sebab ‘kusyuk’ baca surat khabar, datanglah dua orang separuh usia masuk untuk makan di restoran adik aku. Mereka duduk di meja sebelah meja aku. Aku menyuruh adik aku menukar siaran TV daripada siaran ESPN kepada TV3 sebab waktu dah menunjukkan pukul lapan tepat. Aku nak tengok Buletin Utama. Berita TV3 dimulakan dengan isu terkini berkaitan dengan Permatang Pauh. Tiba-tiba salah seorang daripada dua orang separuh usia usia tadi menyapa aku untuk meminjam surat khabar yang tak habis lagi aku baca. Aku terus beri kepadanya dengan tidak menutup halaman temuramah Ezam dengan wartawan Utusan Malaysia. Aku terkejut kerana selepas sahaja dia terlihat gambar Ezam terpampang dalam surat khabar yang aku hulurkan, terus dia berkata PERGI MATILAH SAMA ENGKAU EZAM! Aku hanya memandang mereka dan tersenyum.

No comments:

Powered By Blogger