- Saban hari kita akan dapat melihat samada melalui medium televisyen atau pun membaca di akhbar, majalah dan sebagainya perihal artis kita. Bermacam cerita yang kita dengar dan lihat sehingga membangkitkan perasaan keliru di kalangan masyarakat apakah benar atau pun tidak berita-berita sensasi mengenai artis pujaan mereka. Masyarakat terutamanya majoriti golongan mudi-mudilah sebenarnya yang sentiasa peka dengan kehidupan artis kita sehinggakan mereka sanggup berbelanja sakan demi mendapatkan bahan-bahan bacaan mengenai dunia artis tempatan dan luar negara.
- Baru-baru ini penulis dikejutkan dengan berita yang terpampang di dada-dada akhbar mengenai seorang artis wanita separuh usia secara terang-terangan berpakaian seksi serta beraksi ala bintang filem lucah sehingga menjadi buah mulut seluruh masyarakat yang mengikuti perkembangan artis tersebut. Penulis juga menerima kiriman email dan melihat sendiri gambar-gambar artis terbabit yang memperlihatkan betapa jahilnya perlakuan artis tersebut sebagai seorang yang bergelar muslim. Ditambah pula kenyataan daripada artis terbabit yang membuat pengakuan bahawa hubungan dengan lelaki yang bergambar mesra serta berpelukan itu tidak lebih daripada hubungan adik-beradik. Maka kita sebagai masyarakat yang mengaku beragama Islam bolehlah menilai sendiri mengenai kenyataan yang dikeluarkan itu.
- Maka masyarakat sebenarnya tidak perlu lagi merasa hairan atau pun terkejut dengan kenyataan oleh artis-artis melayu Islam selepas ini kerana sememangnya telah banyak berlaku kenyataan-kenyataan logik (membelakangkan kehendak Islam) sebelum ini oleh mereka yang bergelar artis. Ini kerana sesetengah daripada mereka merasakan dunia 'glamour' mereka akan berkekalan dan akan diberi ganjaran syurga oleh Allah S.W.T. Wallahhu A'lam...
No comments:
Post a Comment