Dreamstime

Royalty Free Images

Tuesday, 3 March 2009

BOLA SEPAK: KITA TIDAK AKAN KE MANA


Setelah melihat aksi liar penyokong bola sepak kedua-dua pasukan ketika perlawanan Selangor vs Kelantan pada 28/2/09 tempoh hari, penulis mempunyai persepsi tersendiri mengenai masa depan bola spak negara. Jika kita mengatakan bahawa gelagat sebegitu tidak akan sesekali mengganggu pembangunan bola sepak negara, maka telahan itu sebenarnya tidak benar sama sekali.


Jika pada satu masa dahulu di eropah khususnya di England, penyokong bola sepak yang digelar 'Hooligans' telah mencemarkan nama baik Pasukan England dek kerana keganasan yang mereka lakukan, kita di Malaysia walaupun tidaklah berlaku seperti di England tetapi pada hakikatnya pemikiran kita masih lagi berada di takok lama. Itulah sebabnya penulis merasakan bola sepak kita tidak akan ke mana.


Jika di Eropah, mereka telah mula menjadikan apa sahaja sukan sebagai sebahagian daripada hiburan mereka tetapi tidak bagi kita. Penyokong dan peminat di Malaysia hanya mementingkan kejayaan atau hanya mahu melihat kemenangan bagi pasukan mereka semata-mata. Oleh sebab itulah juga, kata-kata kesat serta aksi ganas penyokong dan peminat bola sepak atau apa sahaja sukan lain tidak pernah lekang daripada mulut-mulut mereka bilamana pasukan mereka tewas atau tidak berupaya beraksi dengan baik. Perlu diingat bahawa sekiranya budaya kutuk-mengutuk, caci-mencaci dan pelbagai tindakan negatif lain boleh menyebabkan dunia bola sepak negara semakin 'kucar-kacir dan haru-biru' hasil daripada 'terlajak kata masyarakat kita sendiri'.

No comments:

Powered By Blogger