Setelah menonton rancangan yang berbentuk bual-bicara Hujah di TV9 semalam (3/3/09) penulis merasa terpanggil untuk melontarkan beberapa komen dan pandangan secara peribadi mengenai hasil bual-bicara tersebut yang dikendalikan dengan baik oleh pengerusinya (Prof. Dr Agus). Rancangan tersebut telah juga mengundang dua orang tokoh politik yang tidak asing lagi di negara kita yang juga dua calon Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Berbeza pula dengan Tan Sri Mohd. Isa yang lebih bersikap profesional ketika menjawab beberapa soalan yang dikemukakan kepada beliau. Sikap beginilah yang sepatutnya yang dimiliki oleh mana-mana pemimpin sekali pun. Bukan hanya perlu 'gah' mengutuk pihak lain. Dari awal lagi sepatutnya kedua-dua tokoh tersebut terutamanya Datuk Seri Zahid perlu 'mengemaskini' informasi dan mengutarakan secara berhemat kepada umum tentang perjuangan UMNO dalam sesi itu untuk melakukan satu 'reformasi' baru bagi menarik semula sokongan masyarakat kepada UMNO khususnya. Atas sebab itu penulis merasakan bahawa kita sebenarnya tidak perlu sesekali meraih atau mencari 'publisiti murahan' kerana kita akan dinilai oleh masyarakat yang sentiasa memerhatikan kita dari segenap penjuru apabila kita digelar sebagai orang politik.
No comments:
Post a Comment