Penulis tidaklah mahu mengeluarkan kenyataan yang berbaur ugutan atau pun maki-hamun. Ianya hanyalah sekadar luahan suara hati penulis yang dah lama terbuku di 'kepala otak' yang menunggu masa untuk meletup seperti sebutir 'bom jangka'. Apakah benar masyarakat kita khususnya mereka yang bergelar bangsa MELAYU semakin galak dan gila berpolitik? Manakan tidak, sejak arus politik negara sedikit dilanda 'tsunami', orang melayu tidak habis-habis 'berkonfrontasi' bagi menojolkan kehebatan politik masing-masing.
Bukannya bangsa lain tidak segalak bangsa MELAYU dalam ceritera politik tetapi orang MELAYU sangat berlebih serta terlalu fanatik yang menampakkan seolah-olah tidak ada perkara lain yang perlu diberi perhatian selain daripada dunia politik semata-mata. Kepompong perang politik inilah yang menjadi punca kepada kemaslahatan yang timbul hingga ke hari ini. Orang MELAYU bertelagah sesama sendiri bagi membuktikan masing-masing berada di pihak yang benar. Akhirnya anak bangsa MELAYU itu sendiri yang merana dek kerana pelbagai masalah kehidupan mereka tidak lagi diberi keutamaan.
Pemimpin-pemimpin kita pada hari telah meletakkan agenda kuasa politik kepartian mereka di tahap yang paling teratas sehingga 'me-nyahkan' perkara-perkara lain yang sepatutnya didahului demi kesejahteraan rakyat. Bagaimana dengan masalah ekonomi orang MELAYU? bagaimana dengan masalah keruntuhan moral orang MELAYU? Bagaimana dengan kebajikan orang MELAYU? Yang nyatanya orang MELAYU semakin terkebelakang dari segala segi.
Walau pun pada hakikatnya orang MELAYU tidak lagi dijajah oleh penjajah luar tetapi tanpa kita sedari bangsa MELAYU sedang dan telah pun dijajah oleh satu pemikiran ke arah menjadi makhluk yang 'Gila Kuasa, Gila Harta dan Gila Dunia'. Apa pun telahan masyarakat lain, kita perlu memulakan langkah kita untuk berubah dan kita seharusnya sedar bahawa orang MELAYU tidak boleh semakin lemah, mereka tidak boleh lagi tertinggal jauh dan yang paling utama mereka tidak boleh sama sekali terus-menerus digelar satu bangsa yang semakin 'LAYU'.
No comments:
Post a Comment