Kita selalu mendabik dada mengatakan negara kita adalah sebuah negara yang aman dan makmur kerana tidak ada peperangan dan tidak pula ada masalah kebuluran di kalangan rakyatnya. Terlalu mudah untuk kita katakan bahawa bebas daripada peperangan adalah pokok kepada keamanan. Benarlah pendapat sebegini ada betulnya tetapi hakikat sebenar pengertian aman itu bukan hanya dilingkungi oleh kemelut peperangan semata-mata bahkan lebih daripada itu. Dalam ruangan kali ini penulis ingin menterjemahkan serba sedikit pengertian aman yang sepatutnya perlu dinikmati oleh masyarakat secara keseluruhannya berdasarkan pendapat penulis sendiri.
Sesetengah daripada kita mungkin beranggapan bahawa negara kita adalah sebuah negara yang aman kerana tidak ada peperangan manakala rakyat pula boleh menikmati kehidupan dalam lingkungan budaya, bangsa dan agama yang berbeza. Namun tidakkah pernah kita terfikir bahawa kejadian jenayah semakin menjadi-jadi? Terbaru, seorang wanita ditemui telah dibunuh dengan begitu kejam dan digantung di dahan pokok yang juga dipercayai dirogol sebelum di bunuh. Jika diteliti dan diamati, berita mengenai jenayah di negara kita tidak habis-habis dan seolah-olah seperti tiada kesudahannya. Sebab itulah penulis merasakan bahawa negara kita tidaklah aman 100% selagi jenayah semakin membarah tanpa dapat dibendung.
Rakyat semakin di belenggu dengan perasaan takut, bimbang dan trauma kerana kejadian jenayah yang berlaku dirasakan seoalah-olah terlalu dekat dengan mereka. Sampai bilakah kita harus berada dalam ketakutan sedangkan kita diwar-warkan dengan slogan 'negara kita aman'! Mungkinkah ini sebagai balasan Allah akhibat daripada 'kudis' rasuah yang semakin membusuk sehingga Allah menggantikan balasan tersebut dengan pelbagai jenayah sadis,kejam,ganas dan pelbagai 'jenayah mustahil' yang kadang-kala tidak pernah pun terfikir oleh kita selama ini.
No comments:
Post a Comment