Petikan akhbar di atas merupakan salah satu peristiwa malang mangsa yang telah memilih kaedah sedut lemak (liposuction) bagi mengurangkan berat badan dengan cara yang mudah dan singkat. Mungkin sebahagian besar daripada masyarakat kita terutamanya golongan wanita bertindak memilih kaedah liposuction ini sebagai satu kaedah yang cepat dan mudah untuk kelihatan langsing, cantik dan menawan tanpa memikirkan risiko jangka masa panjang. Secara ironinya, tidak ada jalan mudah dalam proses pengurangan berat badan melainkan senaman berjadual dan juga diet pemakanan yang seimbang yang perlu diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah berat badan. Disamping itu juga, pengambilan makanan tambahan atau suplement tertentu juga boleh diamalkan tetapi perlulah terlebih dahulu mendapat nasihat daripada pakar pemakanan terlebih dahulu.
Thursday, 26 March 2009
SEDUT LEMAK BUKAN CARA TERBAIK KURANGKAN BERAT BADAN
KUALA LUMPUR - Entah di mana silapnya, setelah 14 kali menjalani rawatan sedut lemak pada badan, Noraini Mohd. Ghazali, 30, menghembuskan nafas terakhir ketika mahu mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik di Jalan Lima, Ampang dekat sini semalam (26/3/09).
Mungkin juga akhibat daripada kesibukan jadual seharian, mendorong seseorang itu mengambil jalan singkat dengan menggunakan kaedah liposuction walaupun ianya melibatkan kos yang agak mahal. Namun mereka tidak pernah memikirkan kesan sampingan seperti kesakitan selepas kaedah tersebut dilakukan dan juga faktor-faktor negatif lain sehingga boleh menyebabkan kematian seperti yang dilaporkan. Inilah sebenarnya yang perlu diketahui oleh mereka yang 'kemaruk' langsing bahawa risiko melakukan kaedah liposuction ini adalah satu kaedah yang memungkinkan nyawa mereka berada pada paras amat kritikal selagi mana kesedaran dalam diri mereka tidak wujud.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment