Dreamstime

Royalty Free Images

Wednesday, 22 April 2009

ARTIS KITA: KENYATAAN 'BODOH' NABIL

Penulis sangat terkilan apabila terbaca artikel mengenai seorang pelawak terkenal negara (Nabil) yang mengeluarkan kenyataan berkaitan isu 'terpeluk' kekasihnya pada malam anugerah APBH tempoh hari. Susulan temubual yang disiarkan dalam sebuah laman web popular memperlihatkan seolah-olah terlalu jahilnya artis kita pada hari ini apabila mengatakan tidak salah memeluk kekasih asalkan kena pada tempatnya.

Inilah tafsiran secara logik akal yang langsung tidak memikirkan sensitiviti Agama Islam. Malah salah satu kenyataan yang dikeluarkan berbunyi 'pelukan itu tidak menjejaskan ekonomi negara' merupakan kenyataan sangat 'bodoh' dan tidak sepatutnya dikeluarkan daripada mulut seorang yang beragama Islam. Inilah sebenarnya wajah segelintir artis kita yang apabila dikurniakan populariti kepada mereka, maka dengan populariti itulah yang menyebabkan mereka seolah-olah bertukar rupa menjadi manusia yang lupa asl-usul, lupa agama dan hilang pedoman.

Jika kita tidak memiliki ilmu agama, jangan sesekali kita berani 'melogikkan' sesuatu perkara yang kita kurang pasti atau pun tidak tahu. Jika ianya salah makanya ia memang salah. Terpulang kepada diri sendiri untuk menilainya tanpa menukarkan yang salah menjadi betul. Bodohnya diri kita apabila kita buat-buat bijak sedangkan orang lain tahu bahawa kita sebenarnya memang bodoh! Kepada Nabil, jangan jadikan lawak anda sebagai lawak yang terlalu bodoh sehingga boleh merosakkan akhidah diri sendiri dan orang lain.

Penulis menyeru agar seluruh warga artis kita untuk sama-sama kita bermuhasabah diri agar kita tidak terus-terus hanyut dalam arus duniawi sehingga kita lupa bahawa setiap detik, setiap saat dan setiap waktu kita tidak mungkin sama sekali boleh menjadi makhluk yang lebih hebat daripada Allah S.W.T.

1 comment:

akuares said...

Biase bro,dr despatch jadi artis....CULTURE SHOCK!!

Powered By Blogger