Dreamstime

Royalty Free Images

Sunday, 19 July 2009

JAKARTA MENANGIS LAGI


1 Oktober 2005 merupakan kali terakhir Indonesia digegarkan dengan serangan bom yang dipercayai dilakukan oleh pengganas apabila tiga kafe di Bali diletupkan secara serentak. Dalam kejadian itu 23 orang terbunuh manakala 196 cedera. Dua letupan bom di hotel mewah di Jakarta kelmarin menyaksikan satu lagi episod ngeri yang mengejutkan seluruh masyarakat antarabangsa. Pengeboman itu, hanya selang dua minit awal pagi kelmarin, menamatkan kekosongan empat tahun serangan pengganas di negara dominasi penduduk Islam.

Kali ini sembilan nyawa tidak berdosa menjadi korban dan 41 orang cedera. Serangan ini bukan sahaja mengejutkan dunia malah ia memberi amaran yang jelas kepada pemerintah Indonesia bahawa jaringan pengganas masih kukuh di negara tersebut. Tidak kiralah siapapun yang mereka kaitkan sama ada ia melibatkan Nordin Mat Top atau JI, apa yang pasti Indonesia mempunyai tanggungjawab berat bagi memerangi kelompok tidak berperikemanusiaan itu habis-habisan.

Penulis merakamkan setinggi-tinggi takziah terhadap kejadian itu. Telah lama Jakarta tidak menangis tetapi kini 'Jakarta menangis lagi'.

No comments:

Powered By Blogger