Dreamstime

Royalty Free Images

Tuesday 7 August 2012

PAS TERLALU MEMUJA ARTIS!


Entah mengapa seolah-olah telah menjadi satu fenomena baru dalam politik tanah air kini dimana mereka yang bergelar artis telah mula melibatkan diri dalam kancah politik kepartian. Tidak dinafikan apabila seseorang artis itu menyertai mana-mana parti politik maka media massa akan terus mensensasikan penyertaan mereka. Baik parti kerajaan mahupun pakatan rakyat, fenomena penyertaan artis ke dalam parti masing-masing telah mula menjadi salah satu kaedah publisiti bagi mereka. Lebih drastik lagi, artis-artis tersebut akan terus diberi mandat untuk menjadi penceramah secara 'ad-hoc'. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan, hanya untuk mendapatkan sokongan dan keuntungan politik daripada masyarakat semata-mata.

Umum mengetahui bahawa artis mempunyai hak dan bebas menyertai mana-mana parti politik kerana mereka juga rakyat Malaysia yang sememangnya mempunyai hak tersebut. Persoalannya apakah artis yang baru sahaja melangkah setapak ke dalam dunia politik terus dijadikan orang penting dalam parti yang disertai mereka? PAS dilihat lebih banyak menggunakan kesempatan mengetengahkan golongan artis dalam siri 'road show' mereka. Penulis naik muak melihat pimpinan dalam PAS begitu bersungguh-sungguh melabelkan artis yang menyertai PAS sebagai mereka yang telah insaf sehinggakan diberi pujian yang sangat tinggi kepada golongan artis terbabit. Hebat sangatkah artis hingga bisa menenggelamkan peranan saf kepimpinanan PAS dalam siri-siri ceramah yang diadakan?

Pendekatan PAS dengan memanipulasi artis di pentas-pentas ceramah hanya akan menyebabkan lama-kelamaan masyarakat akan menjadi bosan. Tindakan PAS  meletakkan artis sebaris dengan penceramah yang bergelar ulama/umarak pula dilihat satu tindakan yang sangat kurang bijak. Jika inilah salah satu strategi PAS untuk memenangi hati rakyat, nescaya masyarakat yang selama ini berpegang teguh menyokong kepimpinan ulama/umarak akan mula mual dengan tindakan sedemikian. Lebih serius lagi PAS akan dicap sebagai sebuah parti yang sanggup menggunakan apa sahaja cara demi mengekalkan kuasa walaupun kaedah atau strategi yang digunakan dilihat sebagai tindakan dangkal serta secara tidak langsung memperlekehkan tokoh-tokoh hebat di dalam PAS itu sendiri.

Penulis menjangkakan PRU ke-13 bakal menyaksikan pertembungan sengit iaitu perang diantara artis sesama artis kerana kedua-dua parti UMNO dan PAS kini mempunyai senjata baru mereka. Jangan terkejut kerana misi mustahil akan mula menjadi sesuatu yang tidak mustahil apabila golongan artis satu masa nanti akan mengambil tempat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya manakala juak-juak menteri juga terdiri daripada artis-artis yang semakin menyukai dunia politik tanah air! Malaysia boleh! 

2 comments:

mergie said...

Kurang setuju dgn tulisan saudara...pd pndangan sy Pas bkn bkn memuja para artis yg berhijrah..Pas hnya melapangkan penghijrahan artis yg cb mencari jln pulang..sy pernah menghadiri ceramah dr artis yg berhijrah..mrk lnsung xmngaitkan psl politik.mrk hnya tertumpu kpd cerita penghijrahan mrk kpd org rmai..Jd Pas hnya memberi xdinafikan ada artis yg terlibat secara lnsung dlm cermah politik namun ini bkn berti Pas memuja merk n Pas bkn mengmbil peluang terhdp penghijrahan artis tersebut.pas jg xngkesampingkan golongan ulamak..cm mngkin saudara jrg mnyertai crmh agama dr ulamak Pas n lbh kerp menonton media perdana membuatkan saudara percaya bulat2.hrp saudara kaji dahulu sebelum saudara ingin menulis sebarang isu...

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

penghijrahan artis ke arah yg lebih baik itu sgt bagus..tetapi tidak semestinye mereka perlu berada di atas pentas parti politik...byk lg medium lain yg lebih sesuai..pd masa kini PAS dilihat lebih byk menampilkan barisan artis di dlm ceramah mereka...utk apa artis bercerita ttg penghijrahan mereka di ats pentas politik? sudah tentu ade agenda tersembunyi disebaliknya...apa kata saudara utarakan cadangan kpd PAS utk bertindak terhadap kenyataan Karpal Singh dalam isu hudud yg terang-terangan menentang penubuhan negara Islam...tindakan itu lebih baik drpd meraih publisiti murahan dengan menggunakan khidmat artis yg baru selangkah ke alam politik...

Powered By Blogger