Dreamstime

Royalty Free Images

Tuesday, 12 February 2013

PSY KALAHKAN NAJIB DI PULAU PINANG?

 
 
Semalam penulis sempat melihat video dari sumber Youtube berkenaan dengan ucapan pendek PM kita di Pulau Pinang bersempena sambutan Chinese New Year (Tahun Baru Cina) di padang sekolah Han Chiang iaitu lokasi yang menjadi simbolik kepada kemenangan DAP pada Pilihan Raya 2008. Dalam sambutan tersebut, Psy yang terkenal dengan Gangnam Style adalah artis jemputan utama yang dijemput khas oleh pihak penganjur. Psy dilaporkan oleh laman hiburan tempatan telah meminta penganjur konsert dari Malaysia tersebut sejumlah US$750,000 (RM2.3 juta) sekiranya mahu beliau tampil di Kuala Lumpur pada tahun lalu.
 
Meskipun kehadirannya ke Pulau Pinang mendapat bantahan dari ribuan peminatnya, Superstar Korea Selatan, Psy akhirnya hadir juga untuk menjayakan program sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang.
 
Mungkin menjadi detik hitam bagi Najib apabila dimalukan di hadapan kira-kira 80 ribu orang yang hadir untuk menyaksikan konsert Psy. Mungkin juga tidak kena pada tempatnya Najib mengutarakan soalan 'are you ready for Psy?' Diulangi sebanyak 3 kali, para hadirin mangatakan YES. Tetapi sebaliknya berlaku apabila soalan 'are you ready for BN?' Juga diulangi sebanyak 3 kali tetapi dengan jelas kedengaran, ramai mengatakan NO.
 
Bagi penulis, jeritan yang mengatakan NO kepada BN adalah kerana keseluruhan mereka yang hadir tidak sabar lagi untuk menyaksikan Psy beraksi dan bukan bermaksud membenci PM atau pun BN. Ini kerana, kehadiran orang ramai ke konsert Psy bukanlah untuk mendengar celoteh Najib. Bagi mereka, tidak perlulah menagih simpati politik dikala sambutan Tahun Baru Cina yang sepatutnya bebas daripada ceritera politik. Tindakan Najib mengutarakan soalan sedemikian lebih kepada untuk melihat reaksi masyarakat Pulau Pinang sama ada dengan hidangan konsert berkenaan akan memberi impak yang positif bagi mengembalikan semula sokongan masyarakat Pulau Mutiara itu kepada BN.
 
Ternyata pertanyaan itu memalukan diri sendiri sekiranya beliau mendengar dengan jelas dari atas pentas tempat beliau berucap. Kesimpulannya, ternyata Psy telah berjaya mengalahkan Najib di pentas yang dianjurkan oleh BN manakala Psy yang hanya hadir sebagai artis jemputan yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik diisytiharkan sebagai pemenang pada hari tersebut. Apa-apa pun BN tidak perlulah menjadikan detik hitam itu sebagai kayu ukur sebenar sokongan rakyat Pulau Pinang kepada mereka.

No comments:

Powered By Blogger