Naik lagi 20sen! Sekarang dah jadi RM2.90! Itulah hasil sembangan masyarakat di sebuah kedai kopi di salah sebuah taman di Kuala Lumpur. Penulis yang pada ketika itu singgah untuk membeli roti canai mula berfikir apakah kenaikan harga yang dimaksudkan oleh seorang anak muda yang kelihatan seperti mat rempit murahan. Tidak mungkin harga roti canai naik mendadak sebegitu. Setibanya di rumah penulis lantas mencapai komputer riba separuh usia untuk menjelajah dunia internet bagi mencari informasi mengenai telahan anak muda tadi.
Oh! Rupa-rupanya harga minyak RON97 naik semalam (7 Mac 2013). Pelik sungguh kerana tidak ada langsung perkhabaran daripada media arus perdana tentang kenaikan ini. Dalam kesibukan politik yang melampau ketika ini ditambah pula dengan isu pencerobohan di Lahad Datu, secara senyap nan sunyi harga minyak naik tanpa ada sebarang makluman kepada rakyat? Mainan apakah ini sebenarnya? Pada pendapat penulis kenaikan harga minyak ini sangat sesuai pada tika dan waktunya. Isu-isu panas yang berlaku di negara kita memungkinkan masyarakat tidak langsung menghiraukan perkara lain di sekeliling mereka. Lagi pula RON97 bukan menjadi keutamaan bagi majoriti masyarakat kini. "Kita kan dah ada RON95 yang lebih murah, persetankan saja harga RON97 naik mendadak sekalipun". Jika ada yang berpendapat sedemikian maka sangat dangkallah pemikiran mereka.
Dalam sedar atau pun tidak, kenaikan harga minyak itu bakal menjadi pemula kepada harga barangan lain turut meningkat. Tidak pernah sekali pun sejarah yang berlaku dalam negara kita apabila harga minyak naik maka harga barangan keperluan lain akan jatuh!!! Itu merupakan salah satu misi yang tersangat mustahil! Persoalannya kenapa kenaikan harga RON97 tidak dilaporkan kepada masyarakat? Takut rakyat marah? Takut rakyat membenci kerajaan? Takut rakyat berpaling tadah kepada pembangkang? Takut rakyat akan menyokong pakatan pembangkang? Jika takut kenapa dinaikkan?
Penulis sempat singgah di stesen minyak Shell dan juga Petronas untuk melihat cebisan kertas yang selalu ditampal di setiap pam yang tertulis jadual harga minyak RON95 dan Diesel sebelum dan selepas subsidi. Harga RON97 tidak disertakan kerana ianya tidak disubsidikan. Perkiraan matematiknya sangat mudah:
Harga tanpa subsidi RON97 = RM2.90 (7 Mac 2013)
Harga tanpa subsidi RON95 = RM2.69 & ditolak dengan subsidi kerajaan RM0.79sen = Harga jualan = RM1.90 (Februari 2013)
Penulis difahamkan harga terkini tanpa subsidi RON95 = RM2.94 & ditolak dengan subsidi kerajaan RM1.04 = Harga jualan RM1.90 (Mac 2013)
Tidak pelikkah kita RON97 yang kualiti minyaknya jauh lebih baik berbanding dengan RON95 dijual dengan harga yang lebih rendah (setakat Mac 2013) jika kedua-duanya dijual tanpa subsidi kerajaan? Di semua stesen minyak di Malaysia memeperakui RON97 lebih baik dan kajian saintifik mengenainya juga telah banyak menunjukkan bukti.
Setelah beberapa penelitian secara peribadi penulis mengenai harga minyak ini, penulis mempunyai satu cadangan yang penulis rasakan ianya cadangan yang sangat relevan kepada masyarakat. Sesuailah dengan slogan yang sering dilaungkan oleh kerajaan hari ini 'Rakyat Didahulukan', 'Janji Ditepati' dan pelbagai slogan lain yang kesemuanya menunjukkan kerajaan kita pada hari ini begitu menjaga kebajikan terhadap rakyatnya.
Cadangan penulis:
1. Subsidi RON95 dimansuhkan dan dijual mengikut harga semasa tanpa subsidi iaitu pada harga RM2.94 (mengikut harga sehingga Mac 2013).
2. Subsidi RON95 sebelum ini iaitu RM1.04 (mengikut subsidi sehingga Mac 2013) disubsidikan keatas RON97.
3. Harga RON97 selepas subsidi adalah RM2.90 - RM1.04 (subsidi Mac 2013) = RM1.86.
Oleh itu rakyat Malaysia akan menikmati minyak yang lebih berkualiti dengan harga selepas subsidi tanpa menaikkan jumlah subsidi yang disubsidikan keatas RON95. Selama ini, akhibat daripada perbezaan harga subsidi dan tanpa subsidi yang sangat ketara, kenderaan warga asing yang masuk ke negara kita tidak dibenarkan membeli/mengisi minyak yang disubsidi iaitu RON95. Mereka hanya boleh membeli/mengisi minyak RON97 dengan harga yang lebih mahal tetapi kualiti minyaknya lebih baik dan berkualiti. Jadi bermula daripada ini, kita hanya perlu tukarkan sahaja daripada RON97 kepada RON95 untuk kenderaan warga asing dengan harga RON95 tanpa subsidi kerajaan iaitu dengan harga RM2.94 (sehingga Mac 2013). Jika situasi ini berlaku barulah layak untuk ditabalkan sebagai kerajaan yang benar-benar mendahulukan rakyat.
Namun persolan lain terus bermain dibenak penulis sejak sekian lama.
Apakah benar RON95 disubsidikan?
Apakah benar jumlah subsidi untuk RON95?
Kenapakah harga RON95 tanpa subsidi lebih tinggi berbanding RON97 yang sememangnya tidak disubsidikan?
Penulis akan tetap setia menanti jawapan daripada cerdik pandai...Wassalam
2 comments:
Salam saudara,ble dptkan email saudara utk bhubung?tq
terima kasih kerana sudi singgah.. zambromie11@gmail.com
Post a Comment