Syukur Alhamdulillah beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Ramadhan. Semoga Allah permudahkan segalanya dan semoga dipanjangkan usia serta diberikan kesihatan yang baik utk menghabiskan puasa di bulan yg mulia itu nanti.
Penulis sempat menjengah di beberapa buah pasaraya di sekitar Kuala Lumpur, Kuantan dan beberapa tempat lain, belum pun bermula Ramadhan mereka telah sibuk mempromosikan jualan hari raya. Kesialan apakah semua ini? Tidak ada langsung rasa hormat terhadap Ramadhan yang mendatang. Lebih dikesalkan, terdengar perbualan dikalangan teman-teman, bu-ibu, makcik-makcik, anak dara dan pelbagai golongan pemuja Hari Raya Aidilfitri lebih risaukan persiapan menyambut Syawal berbanding Ramadhan. Tidak terhenti disitu, mereka seolah-olah terlalu runsing jika tidak dapat membuat persiapan untuk hari raya. Nampaknya roh Ramadhan tidak lagi dinanti-nanti apatah lagi untuk gembira dengan kehadirannya.
Tidak salah sama sekali untuk membuat persiapan awal menjelang hari raya tetapi janganlah terlalu taksubkan Syawal sehingga melupakan Ramadhan yang penuh dengan intipati kemuliaan didalamnya. Adalah lebih elok jika kita bersederhana di bulan Syawal sebaliknya kejarlah kekayaan pahala di bulan Ramdhan.
"Demi masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh".
Harapan penulis agar kita semua tidak berada bersama-sama dengan golongan yang lalai, golongan yang melebihkan dunia daripada akhirat, golongan yang lupa bahawa mati itu pasti dan golongan yang mensyirikkan Allah..Aminn
No comments:
Post a Comment