Dreamstime

Royalty Free Images

Wednesday, 14 April 2010

SAINS SUKAN: KECEDERAAN BUKU LALI (ANKLE SPRAIN)

Pengenalan

Apakah ‘ankle sprain’ dan bagaimanakah ia berlaku? ‘Ankle sprain’ merupakan satu kecederaan di bahagian buku lali yang melibatkan koyakan pada ligamen. Ia juga melibatkan struktur-struktur yang lain seperti saluran darah, saraf, tendon, koyakan pada otot dan boleh menyebabkan tulang patah (jarang berlaku). Kecederaan ini boleh berlaku apabila kaki terseliuh dalam keadaan ‘inversion, plantarflexion dan eversion’ samada ketika berjalan, berlari serta melakukan aktiviti-aktiviti seperti bersukan dan sebagainya. Dalam aktiviti sukan misalnya, kecederaan ini kerap berlaku dalam keadaan sukan yang memerlukan lompatan (sepak takraw, bola keranjang) dan tukar haluan (bola sepak, ragbi). Walaubagaimanapun, kecederaan ini juga boleh berlaku akhibat daripada faktor-faktor persekitaran seperti permukaan tanah yang tidak rata, keganasan dalam sukan dan aksi yang terlampau agresif.

Apakah yang akan terjadi apabila berlakunya ‘ankle sprain’? ‘Ankle sprain’ secara khususnya merupakan kecederaan yang berlaku dimana ligamen mengalami koyakan di bahagian buku lali. Struktur ligamen sebagaimana fungsi asalnya adalah merupakan salah satu struktur penghubung yang mengawal pergerakan kaki atau ‘excessive movement of the joint’. Apabila berlakunya koyakan, seseorang itu akan mengalami simptom-simptom atau tanda-tanda tertentu antaranya ialah:
1) Sakit
2) Terdengar bunyi crack
3) Bengkak
4) Lebam
5) Berkemungkinan berlakunya kepatahan tulang
Jika berlakunya ketidakapastian tentang simptom-simptom di atas atau pun simptom-simptom lain seperti kesakitan pada bahagian buku lali, kesukaran untuk berjalan dan kesukaran untuk berdiri, seseorang itu perlu mendapatkan rawatan dengan segera untuk memudahkan proses bagi mengenalpasti samada ianya merupakan kecederaan ‘ankle sprain atau pun ‘ankle fracture’.

Pada asasnya, setiap ligamen mempunyai peranannya yang tersendiri dan ia juga berbeza dari segi kekuatannya. Ligamen pada buku lali dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:
1) Medial >
a) Ligamen di bahagian deltoid (sangat kuat dan jarang sekali tercedera)
2) Lateral>
a) ATFL (Anterior Talofibular Ligament) – senang koyak & mudah cedera.
b) CCFL (Calcaneofibular Ligament) – sederhana kuat.
c) PTFL (Posterior Talofibular Ligament) – paling kuat & susah cedera.
Kecederaan ligamen pula boleh diklasifikasikan kepada beberapa gred tertentu seperti berikut: Gred 1 – Hanya berlaku sedikit sahaja koyakan atau dikenali sebagai ‘koyak mikroskopik’. Kesakitan yang dirasakan tidak terlalu serius dan ditahap yang paling minimum. Pesakit biasanya boleh berjalan dan berdiri secara perlahan-lahan tetapi tidak mampu berlari dan melompat.
Gred 2 – Berlaku lebih kurang 50% koyakan. Kesakitan yang sederhana dirasakan akhibat daripada berlakunya pendarahan dalaman. Pesakit merasa sakit ketika berdiri dan berjalan tetapi boleh berjalan beberapa langkah secara perlahan-lahan.
Gred 3 – Ligamen putus sepenuhnya dan kesakitan yang amat sangat dirasakan. Pesakit mengalami kesukaran untuk berdiri dan berjalan. Hilang kestabilan ketika berdiri dan biasanya tidak boleh menggerakkan bahagian yang sakit.

Rawatan

Secara ringkasnya, rawatan ‘ankle sprain’ terbahagi kepada beberapa aspek yang utama antaranya adalah:
1) Rawatan awalan (R.I.C.E)
a) Rest
Setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Sebarang pergerakan yang diteruskan ditempat yang cedera akan mengakibatkan pengaliran darah meningkat atau berterusan dan ini memburukkan lagi kecederaan.
b) Ice
Ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat.
c) Compression
Bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan.
d) Elevation
Meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan mempercepatkan
pengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung. Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut atlet tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak komplikasi.

2) Rawatan susulan
a) Melakukan pemeriksaan dan ujian spesifik kaki
- Anterior Drawer Test (untuk menguji ATFL)
- Talar Tilt Test (untuk menguji CCFL)
- Elektroterapeutik (penggunaan mesin elektronik)
- Urutan (sekurang-kurangnya selepas 48 jam kecederaan dialami)
- Balutan kaki (dilakukan 2 - 3 hari bagi mengurangkan bengkak dan sakit)
b) Rehabilitasi
- Mendapatkan semula rom dengan melakukan aktiviti ‘stretching’ (bagi kecederaan ini, jenis ‘stretching’ yang disyorkan adalah PNF). Penggunaan ais juga perlu selepas aktiviti tersebut dilakukan. Aktiviti ‘stretching’ secara pasif adalah digalakkan jika kecederaan belum pulih sepenuhnya.
- Menguatkan semula otot kaki (dynamic stabilizer) dengan melakukan ‘exercise’ pada bahagian kaki sebaik sahaja sakit berkurangan. Penggunaan alat bantuan seperti tiub getah bagi melakukan ‘exercise’ tertentu juga disyorkan manakala alat bantuan yang berbebanan (tidak terlalu berat) juga dibolehkan. ‘Exercise’ yang lain adalah seperti larian secara lurus, bulatan, bengkok dan pergerakan menukar haluan serta aktiviti lompatan bagi mengembalikan semula fungsi asal pergerakan kaki.
- Mendapatkan semula deria propriosepsi yang mana ianya sangat penting untuk mencegah kecederaan yang sama berulang. Antara latihan-latihan yang dilakukan adalah: i) Berdiri dengan kedua-dua belah kaki sambil menutup mata.
ii) Berdiri dengan 1 kaki sambil mata tertutup.
iii) Berdiri di atas trampolin.
iv) Berdiri di atas ‘wobble board’.
Latihan-latihan di atas adalah diperlukan untuk mengembalikan semula keseimbangan dan kestabilan kaki.

Pencegahan Kecederaan dan Memulakan Semula Aktiviti Bersukan

Pencegahan kecederaan bagi memulakan semula aktiviti bersukan seperti sediakala memerlukan langkah-langkah tertentu dan penelitian yang sewajarnya. Penggunaan ‘bracing’ dan ‘taping’ sangat perlu bagi memulakan semula aktiviti tersebut dan penggunaannya juga diperlukan secara kerap serta mungkin mengambil masa yang lama (6 – 12 bulan selepas kecederaan). Dengan langkah-langkah pencegahan yang teliti ini, proses pemulihan akan menjadi lebih cepat dan seseorang atlet itu akan lebih bersedia untuk memulakan semula aktiviti sukan yang diceburi seperti sediakala.

LAMPIRAN






Rujukan:
1) http://orthopedics.about.com/cs/sprainsstrains/a/anklesprain.htm
2) Prentice.W.E. 2004. Get Fit, Stay Fit. 3rd Edition. New York: The McGraw-Hill Companies, Inc.
3) Nota ringkas Profesor Razif & Dr. Shariff.

40 comments:

Anonymous said...

saye mengalami kecederaan (patah)dibahagian ankle kaki..buku lali saye menjadi besar,,ade harapan untuk sembuh tak?sebarang cadangan boleh email kepade saye:muqriz_nice@yahoo.com

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

Saya akan email

miera said...

thanx your post sgt membantu saya utk siapkan assgmnt wink** =))

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

sama2..penulisan saya utk bacaan & utk dikongsi bersama.. :)

Anonymous said...

membantu utk exam. thanks ! :)
~student~

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

sama-sama...Ilmu yg baik utk dikongsi bersama..terima kasih kerana sudi melawat ke blog ini :)

Anonymous said...

salam.. saya mengalami kecederaan ankle lama dahulu. tapi baru - baru ni, bila saya drive kereta, ankle jadi sakit, lama kelamaan semakin serius hingga nak pijak pun xboleh.. bila urut secara tradisional, sakit menjalar pula ke peha dan pinggang.. mcm ne tu ye? thanks atas pertolongan.. emel pasli80@yahoo.com

Anonymous said...

salam sejahtera... saya mengalami kecederaan buku lali dan tidak menerima rawatan doktor dan saya hanya memberikan rawatan seperti :ais ,minyak urut dan 3 hari kemudian selepas kecederaan saya sudah mula boleh berjalan tapi masih tidak boleh berlari...dan bengkak pada buku lali masi ketara selepas 2 minggu ..tetapi tidak begitu menyakitkan ..adakah keadaan buku lali saya ini serious atau ia hanyala perlukan masa utk pulih? dan adaka perkara biasa apabila kita cuba mengerakkan pergelangan kaki akan menghasilkan bunyi?ini merupakan kali pertama mengalami kecedaraan buku lali ..

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

kecederaan ankle selalunya mengambil masa yg lama untuk pulih tetapi ia juga bergantung kpd kaedah rehabilitasi yg kita lakukan...ikut kaedah yg sy berikan utk rawatan dan rehabilitasi...urut secara traditional blh dilakukan selepas 48 jam...sebelum 48jam tidak digalakkan urut kerana ia akan menambah lagi tekanan ke atas bahagian yg sakit dan bengkak..

sly said...

Salamekum dan salam sejahtera 1 bln lepas saya mengalami ankle injury saya. x dpt berjalan selama 3 hari selepas itu sy. berurut cara kampung,alhamdulilah ankle sy ok, tetapi selepas itu tiba2 ankle saya sakit semula dan mula membengkak kembali padahal sy x injurt apa2 urat ankle mula kembang kaki x ble pijak lantai rasa ngilu kenapa yer?

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

wslm...terima kasih krn sudi sudi singgah di blog sy. sy dulu pernah mengalami masalah yg sama dgn tuan..apabila berlaku ankle sprain, sebenarnya ianya memerlukan rehabilitasi dan dlm tempoh masa tertentu..urutan blh dilakukan selepas 48jam kecederaan berlaku..jgn sesekali melakukan aktiviti lasak atau berjalan secara kerap & berlari selagi kecederaan blm 100% pulih..nasihat sy agar tuan ke hospital supaya blh dilakukan xray/MRI utk melihat kemungkinan berlaku retak dibahagian tersebut.

Hasbullah Hamzah said...

Assalamualaikum
saya telah mengalami kecederaan ketika bersukan (badminton). Saya jatuh dan mengalami inversion. 2 hari tak dapat berjalan. 3 bulan pertama berjumpa doc..hanya sapu ubat dan balut... sakit masih lagi terasa.. bulan ke 5 sy dpt rawatan fisio di hospital besar... namun tiada perubahan... sekarang sudah masuk 8 bulan dan tiada perubhan selepas fisio..ada sahabat saya mengeshorkan membuat rawatan di hospital swasta... dan membuat MRI untuk mengetahui masalah utama... adakah memerlukan perbeanjaan yang tinggi untk pemeriksaan MRI dan berapa kos rawatan lain? email pada saya hasbullahhamzah07@gmail.com..
terima kasih..

aizuddin mohamed sukri said...

Assalamualaikum. Dalam sebulan lebih yang lepas, saya main bola dan saya dibentes sehingga terpaksa berhenti bermain ketika itu. Masa itu, kesakitan saya pada bahagian buku lali namun sehingga kini, masih terasa sakit sakitnya sedikit tapi bertambah sakit pada bahagian Shin Bone, Lower Leg Bone dan torn lateral ankle ligament. Boleh perjelaskan apa yang harus dilakukan?

azlan anuar said...

salam..saya mudah cedera di bahagian ini...dalam 3 bulan sekali mesti ade kalau silap pergerakan dlm sukan bolasepak..pergerakan dan cara sepak bola sy terbatas kerana mahu mengelakkan kecederaan tersebut berulang..mcm mana nk normal blk ea

Anonymous said...

Salam. Sebelum ni sy ade terseliuh di bahagian buku lali. Selepas sembuh buku lali akan bengkak selepas menyepak bola.. Apakah puncanye? Adakah buku lali belum sembuh sepenuhnya. Terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Saya dulu pernah kena ankle sprain, alhamdullilah pulih. tp smenjak dua menjak ini, sy tidak boleh duduk bersila (melipatkan ankle kedalam) akan berasa ngilu teramat dan sehinggakan tidak boleh bergerak. Adakan sakit ini berulang disebabkan kes dulu?. adakah perlu membuat rawatan semula ?. please email dekat sy aanis_mohamad@yahoo.com

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

Maaf kerana sibuk menguruskan perniagaan smpai blog ni pun dah lama x update..kebanyakan komen dan masalah drpd kwn2 hampir sama... perlu difahami bhw ankle sprain ni sering berlaku apabila terlibat dlm aktiviti lasak terutama yg menggunakan larian bertukar arah..oleh kerana ankle tidak boleh dipusing 360 darjah maka berlakulah keadaan terseliuh dan sebagainya..rawatan atau tahap utk pulih kembali tak sama bg setiap org tambahan pula kita hanya melakukan rawatan biase samada rawatan di klinik2 atau tukang urut dan lain2...blh baca artikel sy cara rawatan dan rehabilitasi mengikut turutan yg baik..kecedaraan ankle akan berulang dan terus berulang apabila bahagian ligamen putus yg mana menyebabkan tiada lg sokongan di bahagian itu...adalah digalakkan utk melakukan latihan bg menguatkan otot dibahagian gastrocnimius dan di kawasan sekitar supaya kaki tidak mudah alami kecederaan...

Ariel Abdul Aziz said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...disini ingin mengetahui apakah jenis kecederaan buku lali yg sy alami...sbb sy nk berdiri dan berjalan agak ssh serta tempat kecederaan semakin bengkak dan bagaimana nk kurangkan bengkak tersebut?

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

boleh emailkan kpd sy detail kecederaan anda..kalo blh beserta gambar..insyaAllah sy cube bantu setakat yg sy tahu :)

MUHAMMAD SYAFIQ said...

Aslkm , em . Selalunye minimum berapa bulan untuk ankle tuh pulih balik seperti biasa ? Sebab doktor bg tau sy seminggu je da boleh bersukan tp skrng da 1 bulan da da x bengkak tp masih rase sakit di bahagian ankle.

Anonymous said...

assalamualaikum... saya ingin meminta sedikit nasihat. kaki saya terseliuh di bahagian buku lali, sakit, bengkak, tapi masih boleh berjalan. saya tidak melakukan sebarang rawatan. selepas sebulan, buku lali saya semakin pulih tetapi belum baik sepenuhnya. tetapi bila berjalan, terasa sakit n nyilu di bahagian betis, seperti salah urat. adakah dua2 ini berkait dan saya perlu berurut?
missety@gmail.com

Anonymous said...

Boleh x kalau sy mintk pendpt tentang kecederaan ligament lutut?

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

tempoh minimum atau maksimum bergantung kpd kaedah pemulihan kita..perlu diketahui Doktor dan fisioterapi memiliki kepakaran yg berbeza..sy lebih sarankan berjumpa dgn fisioterapi kerana ia berkaitan kaedah rehabilitasi yg perlu dilakukan oleh pesakit.. urutan blh dilakukan selepas 48jam..sekiranya kecederaan masih baru atau kurang 48jam, dinasihatkan jgn terus berurut kerana ia akan menambahkan lagi tekanan di tempat yg sakit..ini juga akan menyebabkan berlakunya bengkak serta lebam yg berwarna kebiruan gelap..sudah pasti byk sel dan saluran darah rosak

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

kecederaan legament lutut sedikit berbeza dgn ankle sprain...sekiranya anda mengalami kesakitan dibahagian lutut disarankan terus membuat MRI atau merujuk fisioterapi bg mengetahui sama ada ianya ACL atau lain2

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

kecederaan legament lutut sedikit berbeza dgn ankle sprain...sekiranya anda mengalami kesakitan dibahagian lutut disarankan terus membuat MRI atau merujuk fisioterapi bg mengetahui sama ada ianya ACL atau lain2

Anonymous said...

saya kerap main futsal. lari, lompat dan sebagainya semua boleh. yang masalahnya ialah bila saya tendang bola (shooting) je akn rasa sakit kt ankle kaki kanan luar kaki. knpa ek? untuk pengetahuan, saya ada injured bru ni coz tertendang kaki pihak lawan. mcm mana ek? ada hrpan untuk baik x? or kena rest je bt wktu ni?

Chempaka said...

Saya terjatuh dan terseliuh. Selepas tu saya bgn dan bila berjalan ada rasa sakit sikit je dan saya teruskan berjalan dan berdiri mcm biasa selama 4 jam. Kemudian saya rasa sakit sgt bila nak pijak dan angkat kaki, saya terpaksa seret kaki yg terseliuh bila berjalan. Saya makan painkiller tapi takde kesan dan kadang2 rasa berdenyut2. Keesokannya sekejap saya rasa seperti boleh berjalan perlahan2 smbil seret kaki dan kdg2 nak pijak pun tak boleh.

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

seelok2nya jika kita terseliuh, untuk memulihkan semula bahagian yg terseliuh itu perlukan rawatan pemulihan...tetapi ade yg terlupa rehat drpd melakukan aktiviti yg terlalu lasak juga memainkan peranan penting dlm proses rawatan...seeloknya berhenti buat seketika daripada menjalani aktiviti lasak terutamanya yg melibatkan pergerakan di kawasan yg tercedera itu...

Anonymous said...

Saya terseliuh ptg tadi, sekarang masih tuam dgn ais seperti yang disarankan,tapi bengkak makin besar dan sakit :( soalan saya, sampai ble kene tuam ngan ais ni,dan ape perlu saya buat selepas tu, since xboleh urut lagi buat masa sekarang (sbb kurang dr 48jam)...btw tq in advance... Post ni sgt membantu

Anonymous said...

Adik sy mengalami kecederaan agak teruk di buku lali akibat xcident kereta terbalik.tulang buku lali retak dlm 1cm.2bln pakai tongkat je.agak2 bpe lama utk sembuh dah boleh jalan spt biasa.tima kasih .

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

Prosedur utk meletak/tuam ais perlu dilakukan selepas shj berlaku kecederaan..ianya bg menghentikan peredaran drh ketempat yg cedera yg blh mengakhibatkan berlaku bengkak serta lebam..

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

terseliuh dan retak/patah adalah 2 kecederaan berbeza..anda dinasihatkan utk membawa adik ke hospital pakar bg mengenalpasti tahap kecederaan yg dialami...

sapik kns said...

saya sudah 2 hari mengalami kesukaran untuk berdiri dan berjalan selepas kecederaan ankle sprain, adakah ankle ligaments saya koyak sepenuhnya ?

Anonymous said...

Saya baru angkle sprain kelmarin. Semalam baru pg doktor. Harini macam dah boleh jalan sikit. Tapi bengkak masih ade. So sekarang saya dah boleh gune kaki ni macam biasa ke belum ye? Doktor cakap 1minggu baru elok betul. . Tolong email dekat najwa_amros@yahoo.com tq

Anonymous said...

Slm.sy da brminggu thn skt ni.sy tk urut n tk g doc sbb tk bengkak.tp bila nk brdiri n jln menitis air mata.rasa tulg tu mcm ada yg tk kna.bila mlm pergh skt kt area buku lali.apa ptt sy wat

Safwan Yusof said...

Salam..sy ingin brtanya..sy dah cedera ankle lebih dr ssebulan..dan masih bengkak..jalan n lari boleh..cuma masih sakit bila ditekan..arap dapat nasihat dr pihak tuan apa rawatan n tindakan seterusnya..safwan8816@yahoo.com

Anonymous said...

Salam..sy ngalami kcederaan di buku lali sb trjatuh main netball.. buku lali bngkak dann skit utk bjln..apa perbezaan trseliuh dgn retak tulng pd buku lali?

Shafiq Rahim said...

salam, saya nak tanya, di bahagian buku lali saya ada urat saluran darah yg putus akibat kemalangan sebulan yg lepas, dan doktor buat pemedahan di bahagian buku lali saya, di simen sampai sebulan lebih baru hari ni saya bukak simen, doktor just kata goyangkan kaki sahaja dan kaki saya terasa macam bengkak n rasa sakit sedikit untuk di goyangkan. so macam mana untuk kaki saya pulih sepunuh nya ye? tolong bagi pendapat

nik said...

salam, sy alami ankle dislocation pada bulan 3 semasa main futsal. selepas buat pembedahan dan fisio sampai skarang kaki sy still rase sakit lg. mcm xde ape2 perubahan. sy igt nak try pergi mengurut. so mcm mne pendapat tuan. email sy nikrashdan90@gmail.com

Anonymous said...

salam...sy ingin minx pndapat sdikit mengenai masalah sy skrg..sy mengalami keretakan tulang (ankle fracture) di bhagian ankle akibat bmain bola sepak..ankle sy di sepak oleh seorg player dan selepas d x-ray retak di bhgian joint tulang,tulang kecil yg bsambung dgn tulang keting..so ape tindakan susulan yg bagus utk sy?sy seorg yg aktif bermain bola dan basikal..
boleh email ke mhafizee90@yahoo.com