Dreamstime

Royalty Free Images

Wednesday 14 April 2010

SAINS SUKAN: KECEDERAAN BUKU LALI (ANKLE SPRAIN)

Pengenalan

Apakah ‘ankle sprain’ dan bagaimanakah ia berlaku? ‘Ankle sprain’ merupakan satu kecederaan di bahagian buku lali yang melibatkan koyakan pada ligamen. Ia juga melibatkan struktur-struktur yang lain seperti saluran darah, saraf, tendon, koyakan pada otot dan boleh menyebabkan tulang patah (jarang berlaku). Kecederaan ini boleh berlaku apabila kaki terseliuh dalam keadaan ‘inversion, plantarflexion dan eversion’ samada ketika berjalan, berlari serta melakukan aktiviti-aktiviti seperti bersukan dan sebagainya. Dalam aktiviti sukan misalnya, kecederaan ini kerap berlaku dalam keadaan sukan yang memerlukan lompatan (sepak takraw, bola keranjang) dan tukar haluan (bola sepak, ragbi). Walaubagaimanapun, kecederaan ini juga boleh berlaku akhibat daripada faktor-faktor persekitaran seperti permukaan tanah yang tidak rata, keganasan dalam sukan dan aksi yang terlampau agresif.

Apakah yang akan terjadi apabila berlakunya ‘ankle sprain’? ‘Ankle sprain’ secara khususnya merupakan kecederaan yang berlaku dimana ligamen mengalami koyakan di bahagian buku lali. Struktur ligamen sebagaimana fungsi asalnya adalah merupakan salah satu struktur penghubung yang mengawal pergerakan kaki atau ‘excessive movement of the joint’. Apabila berlakunya koyakan, seseorang itu akan mengalami simptom-simptom atau tanda-tanda tertentu antaranya ialah:
1) Sakit
2) Terdengar bunyi crack
3) Bengkak
4) Lebam
5) Berkemungkinan berlakunya kepatahan tulang
Jika berlakunya ketidakapastian tentang simptom-simptom di atas atau pun simptom-simptom lain seperti kesakitan pada bahagian buku lali, kesukaran untuk berjalan dan kesukaran untuk berdiri, seseorang itu perlu mendapatkan rawatan dengan segera untuk memudahkan proses bagi mengenalpasti samada ianya merupakan kecederaan ‘ankle sprain atau pun ‘ankle fracture’.

Pada asasnya, setiap ligamen mempunyai peranannya yang tersendiri dan ia juga berbeza dari segi kekuatannya. Ligamen pada buku lali dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:
1) Medial >
a) Ligamen di bahagian deltoid (sangat kuat dan jarang sekali tercedera)
2) Lateral>
a) ATFL (Anterior Talofibular Ligament) – senang koyak & mudah cedera.
b) CCFL (Calcaneofibular Ligament) – sederhana kuat.
c) PTFL (Posterior Talofibular Ligament) – paling kuat & susah cedera.
Kecederaan ligamen pula boleh diklasifikasikan kepada beberapa gred tertentu seperti berikut: Gred 1 – Hanya berlaku sedikit sahaja koyakan atau dikenali sebagai ‘koyak mikroskopik’. Kesakitan yang dirasakan tidak terlalu serius dan ditahap yang paling minimum. Pesakit biasanya boleh berjalan dan berdiri secara perlahan-lahan tetapi tidak mampu berlari dan melompat.
Gred 2 – Berlaku lebih kurang 50% koyakan. Kesakitan yang sederhana dirasakan akhibat daripada berlakunya pendarahan dalaman. Pesakit merasa sakit ketika berdiri dan berjalan tetapi boleh berjalan beberapa langkah secara perlahan-lahan.
Gred 3 – Ligamen putus sepenuhnya dan kesakitan yang amat sangat dirasakan. Pesakit mengalami kesukaran untuk berdiri dan berjalan. Hilang kestabilan ketika berdiri dan biasanya tidak boleh menggerakkan bahagian yang sakit.

Rawatan

Secara ringkasnya, rawatan ‘ankle sprain’ terbahagi kepada beberapa aspek yang utama antaranya adalah:
1) Rawatan awalan (R.I.C.E)
a) Rest
Setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Sebarang pergerakan yang diteruskan ditempat yang cedera akan mengakibatkan pengaliran darah meningkat atau berterusan dan ini memburukkan lagi kecederaan.
b) Ice
Ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera kerana akan mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera. Demahan ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat.
c) Compression
Bahagian yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan.
d) Elevation
Meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan mempercepatkan
pengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung. Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut atlet tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak komplikasi.

2) Rawatan susulan
a) Melakukan pemeriksaan dan ujian spesifik kaki
- Anterior Drawer Test (untuk menguji ATFL)
- Talar Tilt Test (untuk menguji CCFL)
- Elektroterapeutik (penggunaan mesin elektronik)
- Urutan (sekurang-kurangnya selepas 48 jam kecederaan dialami)
- Balutan kaki (dilakukan 2 - 3 hari bagi mengurangkan bengkak dan sakit)
b) Rehabilitasi
- Mendapatkan semula rom dengan melakukan aktiviti ‘stretching’ (bagi kecederaan ini, jenis ‘stretching’ yang disyorkan adalah PNF). Penggunaan ais juga perlu selepas aktiviti tersebut dilakukan. Aktiviti ‘stretching’ secara pasif adalah digalakkan jika kecederaan belum pulih sepenuhnya.
- Menguatkan semula otot kaki (dynamic stabilizer) dengan melakukan ‘exercise’ pada bahagian kaki sebaik sahaja sakit berkurangan. Penggunaan alat bantuan seperti tiub getah bagi melakukan ‘exercise’ tertentu juga disyorkan manakala alat bantuan yang berbebanan (tidak terlalu berat) juga dibolehkan. ‘Exercise’ yang lain adalah seperti larian secara lurus, bulatan, bengkok dan pergerakan menukar haluan serta aktiviti lompatan bagi mengembalikan semula fungsi asal pergerakan kaki.
- Mendapatkan semula deria propriosepsi yang mana ianya sangat penting untuk mencegah kecederaan yang sama berulang. Antara latihan-latihan yang dilakukan adalah: i) Berdiri dengan kedua-dua belah kaki sambil menutup mata.
ii) Berdiri dengan 1 kaki sambil mata tertutup.
iii) Berdiri di atas trampolin.
iv) Berdiri di atas ‘wobble board’.
Latihan-latihan di atas adalah diperlukan untuk mengembalikan semula keseimbangan dan kestabilan kaki.

Pencegahan Kecederaan dan Memulakan Semula Aktiviti Bersukan

Pencegahan kecederaan bagi memulakan semula aktiviti bersukan seperti sediakala memerlukan langkah-langkah tertentu dan penelitian yang sewajarnya. Penggunaan ‘bracing’ dan ‘taping’ sangat perlu bagi memulakan semula aktiviti tersebut dan penggunaannya juga diperlukan secara kerap serta mungkin mengambil masa yang lama (6 – 12 bulan selepas kecederaan). Dengan langkah-langkah pencegahan yang teliti ini, proses pemulihan akan menjadi lebih cepat dan seseorang atlet itu akan lebih bersedia untuk memulakan semula aktiviti sukan yang diceburi seperti sediakala.

LAMPIRAN






Rujukan:
1) http://orthopedics.about.com/cs/sprainsstrains/a/anklesprain.htm
2) Prentice.W.E. 2004. Get Fit, Stay Fit. 3rd Edition. New York: The McGraw-Hill Companies, Inc.
3) Nota ringkas Profesor Razif & Dr. Shariff.

104 comments:

Anonymous said...

saye mengalami kecederaan (patah)dibahagian ankle kaki..buku lali saye menjadi besar,,ade harapan untuk sembuh tak?sebarang cadangan boleh email kepade saye:muqriz_nice@yahoo.com

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

Saya akan email

miera said...

thanx your post sgt membantu saya utk siapkan assgmnt wink** =))

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

sama2..penulisan saya utk bacaan & utk dikongsi bersama.. :)

Anonymous said...

membantu utk exam. thanks ! :)
~student~

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

sama-sama...Ilmu yg baik utk dikongsi bersama..terima kasih kerana sudi melawat ke blog ini :)

Anonymous said...

salam.. saya mengalami kecederaan ankle lama dahulu. tapi baru - baru ni, bila saya drive kereta, ankle jadi sakit, lama kelamaan semakin serius hingga nak pijak pun xboleh.. bila urut secara tradisional, sakit menjalar pula ke peha dan pinggang.. mcm ne tu ye? thanks atas pertolongan.. emel pasli80@yahoo.com

Anonymous said...

salam sejahtera... saya mengalami kecederaan buku lali dan tidak menerima rawatan doktor dan saya hanya memberikan rawatan seperti :ais ,minyak urut dan 3 hari kemudian selepas kecederaan saya sudah mula boleh berjalan tapi masih tidak boleh berlari...dan bengkak pada buku lali masi ketara selepas 2 minggu ..tetapi tidak begitu menyakitkan ..adakah keadaan buku lali saya ini serious atau ia hanyala perlukan masa utk pulih? dan adaka perkara biasa apabila kita cuba mengerakkan pergelangan kaki akan menghasilkan bunyi?ini merupakan kali pertama mengalami kecedaraan buku lali ..

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

kecederaan ankle selalunya mengambil masa yg lama untuk pulih tetapi ia juga bergantung kpd kaedah rehabilitasi yg kita lakukan...ikut kaedah yg sy berikan utk rawatan dan rehabilitasi...urut secara traditional blh dilakukan selepas 48 jam...sebelum 48jam tidak digalakkan urut kerana ia akan menambah lagi tekanan ke atas bahagian yg sakit dan bengkak..

sly said...

Salamekum dan salam sejahtera 1 bln lepas saya mengalami ankle injury saya. x dpt berjalan selama 3 hari selepas itu sy. berurut cara kampung,alhamdulilah ankle sy ok, tetapi selepas itu tiba2 ankle saya sakit semula dan mula membengkak kembali padahal sy x injurt apa2 urat ankle mula kembang kaki x ble pijak lantai rasa ngilu kenapa yer?

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

wslm...terima kasih krn sudi sudi singgah di blog sy. sy dulu pernah mengalami masalah yg sama dgn tuan..apabila berlaku ankle sprain, sebenarnya ianya memerlukan rehabilitasi dan dlm tempoh masa tertentu..urutan blh dilakukan selepas 48jam kecederaan berlaku..jgn sesekali melakukan aktiviti lasak atau berjalan secara kerap & berlari selagi kecederaan blm 100% pulih..nasihat sy agar tuan ke hospital supaya blh dilakukan xray/MRI utk melihat kemungkinan berlaku retak dibahagian tersebut.

Hasbullah Hamzah said...

Assalamualaikum
saya telah mengalami kecederaan ketika bersukan (badminton). Saya jatuh dan mengalami inversion. 2 hari tak dapat berjalan. 3 bulan pertama berjumpa doc..hanya sapu ubat dan balut... sakit masih lagi terasa.. bulan ke 5 sy dpt rawatan fisio di hospital besar... namun tiada perubahan... sekarang sudah masuk 8 bulan dan tiada perubhan selepas fisio..ada sahabat saya mengeshorkan membuat rawatan di hospital swasta... dan membuat MRI untuk mengetahui masalah utama... adakah memerlukan perbeanjaan yang tinggi untk pemeriksaan MRI dan berapa kos rawatan lain? email pada saya hasbullahhamzah07@gmail.com..
terima kasih..

Anonymous said...

Assalamualaikum. Dalam sebulan lebih yang lepas, saya main bola dan saya dibentes sehingga terpaksa berhenti bermain ketika itu. Masa itu, kesakitan saya pada bahagian buku lali namun sehingga kini, masih terasa sakit sakitnya sedikit tapi bertambah sakit pada bahagian Shin Bone, Lower Leg Bone dan torn lateral ankle ligament. Boleh perjelaskan apa yang harus dilakukan?

Unknown said...

salam..saya mudah cedera di bahagian ini...dalam 3 bulan sekali mesti ade kalau silap pergerakan dlm sukan bolasepak..pergerakan dan cara sepak bola sy terbatas kerana mahu mengelakkan kecederaan tersebut berulang..mcm mana nk normal blk ea

Anonymous said...

Salam. Sebelum ni sy ade terseliuh di bahagian buku lali. Selepas sembuh buku lali akan bengkak selepas menyepak bola.. Apakah puncanye? Adakah buku lali belum sembuh sepenuhnya. Terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Saya dulu pernah kena ankle sprain, alhamdullilah pulih. tp smenjak dua menjak ini, sy tidak boleh duduk bersila (melipatkan ankle kedalam) akan berasa ngilu teramat dan sehinggakan tidak boleh bergerak. Adakan sakit ini berulang disebabkan kes dulu?. adakah perlu membuat rawatan semula ?. please email dekat sy aanis_mohamad@yahoo.com

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

Maaf kerana sibuk menguruskan perniagaan smpai blog ni pun dah lama x update..kebanyakan komen dan masalah drpd kwn2 hampir sama... perlu difahami bhw ankle sprain ni sering berlaku apabila terlibat dlm aktiviti lasak terutama yg menggunakan larian bertukar arah..oleh kerana ankle tidak boleh dipusing 360 darjah maka berlakulah keadaan terseliuh dan sebagainya..rawatan atau tahap utk pulih kembali tak sama bg setiap org tambahan pula kita hanya melakukan rawatan biase samada rawatan di klinik2 atau tukang urut dan lain2...blh baca artikel sy cara rawatan dan rehabilitasi mengikut turutan yg baik..kecedaraan ankle akan berulang dan terus berulang apabila bahagian ligamen putus yg mana menyebabkan tiada lg sokongan di bahagian itu...adalah digalakkan utk melakukan latihan bg menguatkan otot dibahagian gastrocnimius dan di kawasan sekitar supaya kaki tidak mudah alami kecederaan...

Unknown said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...disini ingin mengetahui apakah jenis kecederaan buku lali yg sy alami...sbb sy nk berdiri dan berjalan agak ssh serta tempat kecederaan semakin bengkak dan bagaimana nk kurangkan bengkak tersebut?

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

boleh emailkan kpd sy detail kecederaan anda..kalo blh beserta gambar..insyaAllah sy cube bantu setakat yg sy tahu :)

Unknown said...

Aslkm , em . Selalunye minimum berapa bulan untuk ankle tuh pulih balik seperti biasa ? Sebab doktor bg tau sy seminggu je da boleh bersukan tp skrng da 1 bulan da da x bengkak tp masih rase sakit di bahagian ankle.

Anonymous said...

assalamualaikum... saya ingin meminta sedikit nasihat. kaki saya terseliuh di bahagian buku lali, sakit, bengkak, tapi masih boleh berjalan. saya tidak melakukan sebarang rawatan. selepas sebulan, buku lali saya semakin pulih tetapi belum baik sepenuhnya. tetapi bila berjalan, terasa sakit n nyilu di bahagian betis, seperti salah urat. adakah dua2 ini berkait dan saya perlu berurut?
missety@gmail.com

Anonymous said...

Boleh x kalau sy mintk pendpt tentang kecederaan ligament lutut?

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

tempoh minimum atau maksimum bergantung kpd kaedah pemulihan kita..perlu diketahui Doktor dan fisioterapi memiliki kepakaran yg berbeza..sy lebih sarankan berjumpa dgn fisioterapi kerana ia berkaitan kaedah rehabilitasi yg perlu dilakukan oleh pesakit.. urutan blh dilakukan selepas 48jam..sekiranya kecederaan masih baru atau kurang 48jam, dinasihatkan jgn terus berurut kerana ia akan menambahkan lagi tekanan di tempat yg sakit..ini juga akan menyebabkan berlakunya bengkak serta lebam yg berwarna kebiruan gelap..sudah pasti byk sel dan saluran darah rosak

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

kecederaan legament lutut sedikit berbeza dgn ankle sprain...sekiranya anda mengalami kesakitan dibahagian lutut disarankan terus membuat MRI atau merujuk fisioterapi bg mengetahui sama ada ianya ACL atau lain2

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

kecederaan legament lutut sedikit berbeza dgn ankle sprain...sekiranya anda mengalami kesakitan dibahagian lutut disarankan terus membuat MRI atau merujuk fisioterapi bg mengetahui sama ada ianya ACL atau lain2

Anonymous said...

saya kerap main futsal. lari, lompat dan sebagainya semua boleh. yang masalahnya ialah bila saya tendang bola (shooting) je akn rasa sakit kt ankle kaki kanan luar kaki. knpa ek? untuk pengetahuan, saya ada injured bru ni coz tertendang kaki pihak lawan. mcm mana ek? ada hrpan untuk baik x? or kena rest je bt wktu ni?

Chempaka said...

Saya terjatuh dan terseliuh. Selepas tu saya bgn dan bila berjalan ada rasa sakit sikit je dan saya teruskan berjalan dan berdiri mcm biasa selama 4 jam. Kemudian saya rasa sakit sgt bila nak pijak dan angkat kaki, saya terpaksa seret kaki yg terseliuh bila berjalan. Saya makan painkiller tapi takde kesan dan kadang2 rasa berdenyut2. Keesokannya sekejap saya rasa seperti boleh berjalan perlahan2 smbil seret kaki dan kdg2 nak pijak pun tak boleh.

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

seelok2nya jika kita terseliuh, untuk memulihkan semula bahagian yg terseliuh itu perlukan rawatan pemulihan...tetapi ade yg terlupa rehat drpd melakukan aktiviti yg terlalu lasak juga memainkan peranan penting dlm proses rawatan...seeloknya berhenti buat seketika daripada menjalani aktiviti lasak terutamanya yg melibatkan pergerakan di kawasan yg tercedera itu...

Anonymous said...

Saya terseliuh ptg tadi, sekarang masih tuam dgn ais seperti yang disarankan,tapi bengkak makin besar dan sakit :( soalan saya, sampai ble kene tuam ngan ais ni,dan ape perlu saya buat selepas tu, since xboleh urut lagi buat masa sekarang (sbb kurang dr 48jam)...btw tq in advance... Post ni sgt membantu

Anonymous said...

Adik sy mengalami kecederaan agak teruk di buku lali akibat xcident kereta terbalik.tulang buku lali retak dlm 1cm.2bln pakai tongkat je.agak2 bpe lama utk sembuh dah boleh jalan spt biasa.tima kasih .

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

Prosedur utk meletak/tuam ais perlu dilakukan selepas shj berlaku kecederaan..ianya bg menghentikan peredaran drh ketempat yg cedera yg blh mengakhibatkan berlaku bengkak serta lebam..

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

terseliuh dan retak/patah adalah 2 kecederaan berbeza..anda dinasihatkan utk membawa adik ke hospital pakar bg mengenalpasti tahap kecederaan yg dialami...

Unknown said...

saya sudah 2 hari mengalami kesukaran untuk berdiri dan berjalan selepas kecederaan ankle sprain, adakah ankle ligaments saya koyak sepenuhnya ?

Anonymous said...

Saya baru angkle sprain kelmarin. Semalam baru pg doktor. Harini macam dah boleh jalan sikit. Tapi bengkak masih ade. So sekarang saya dah boleh gune kaki ni macam biasa ke belum ye? Doktor cakap 1minggu baru elok betul. . Tolong email dekat najwa_amros@yahoo.com tq

Anonymous said...

Slm.sy da brminggu thn skt ni.sy tk urut n tk g doc sbb tk bengkak.tp bila nk brdiri n jln menitis air mata.rasa tulg tu mcm ada yg tk kna.bila mlm pergh skt kt area buku lali.apa ptt sy wat

Unknown said...

Salam..sy ingin brtanya..sy dah cedera ankle lebih dr ssebulan..dan masih bengkak..jalan n lari boleh..cuma masih sakit bila ditekan..arap dapat nasihat dr pihak tuan apa rawatan n tindakan seterusnya..safwan8816@yahoo.com

Anonymous said...

Salam..sy ngalami kcederaan di buku lali sb trjatuh main netball.. buku lali bngkak dann skit utk bjln..apa perbezaan trseliuh dgn retak tulng pd buku lali?

Unknown said...

salam, saya nak tanya, di bahagian buku lali saya ada urat saluran darah yg putus akibat kemalangan sebulan yg lepas, dan doktor buat pemedahan di bahagian buku lali saya, di simen sampai sebulan lebih baru hari ni saya bukak simen, doktor just kata goyangkan kaki sahaja dan kaki saya terasa macam bengkak n rasa sakit sedikit untuk di goyangkan. so macam mana untuk kaki saya pulih sepunuh nya ye? tolong bagi pendapat

nik said...

salam, sy alami ankle dislocation pada bulan 3 semasa main futsal. selepas buat pembedahan dan fisio sampai skarang kaki sy still rase sakit lg. mcm xde ape2 perubahan. sy igt nak try pergi mengurut. so mcm mne pendapat tuan. email sy nikrashdan90@gmail.com

Anonymous said...

salam...sy ingin minx pndapat sdikit mengenai masalah sy skrg..sy mengalami keretakan tulang (ankle fracture) di bhagian ankle akibat bmain bola sepak..ankle sy di sepak oleh seorg player dan selepas d x-ray retak di bhgian joint tulang,tulang kecil yg bsambung dgn tulang keting..so ape tindakan susulan yg bagus utk sy?sy seorg yg aktif bermain bola dan basikal..
boleh email ke mhafizee90@yahoo.com

Anonymous said...

As salam boleh sy ingin tahu n pendapat tentang masalah yg sy hadapi baru sebulan yg lepas....sy amat risau apabila sesuatu yg berlaku terutama pada kaki....sy mengalami patah tulang buku lali yg teruk bg sy kerana amat risau disebabkan sy masih aktif bersukan....apatah lagi dengan keadaan kaki sy yg patah buku lali disebabkan kemalangan jalan raya....sy benar2 ingin tahu dari cik bagaimana keadaan kaki sy,boleh kah sy bersukan kembali dalam keadaan kaki sy yg ada 3 plate n 14 skru....sy harap jawapan yg positif dri cik...adakah risiko nye amat tinggi bg sy

gadisBULAN :) said...

Saya baru jalani pembedahan ankle. Saya perlukan btuan encik. Email hanis.hadzir@yahoo.com

Anonymous said...

Salam.. saya baru menjalani pembedahan ankle. Dari pembacaan kecederaan saya berada pd tahap dua.. Saya boleh berjalan menggunakan tongkat sebelah pd hari ke 8 ttp keadaan kaki masih sakit. Doktor terus mencadangkan pembedahan tanpa melihat laporan MRI. Saya mengikut saja kerana kurang pengetahuan. Soalan saya, adakah pembedahan wajar dilakukan? Dan berapa lama tempoh saya dpt berjalan spt sediakala kerana kaki saya masih tidak boleh berpijak pd minggu ke tiga selepas pembedahan. Harap dapat membantu. Terima kasih.

Unknown said...

Assalamualaikum, saya baru kena ankle sprained kerana jatuh tangga minggu lepas. Dan harini dah seminggu. Kaki saya rasa semut semut dan ngilu. Tapi bengkak dah surut. Kaki mula membiru. Saya nak tanya, biasa nya berapa lama tempoh ankle sprained ni nak baik ye? Dan apa perlu saya lakukan dalam masa terdekat? Saya sudah ke hospital utk xray dan alhamdulillah tiada patah atau retak. Saya sekarang hanya letak cool pack, sapu flanil dan balut. Apa pendapat selain daripada ini ye? Boleh email saya jajabobot@gmail.com

Unknown said...

As salam, tuan ada tak kenal mana2 tukang urut untuk kecederaan ankle sprain? Kalo dapat area ampang/kl lebih baik. Tqvm.

Unknown said...

Assalamualaikum. Minggu lepas sy ad jatuh masa main futsal sbb trpijak bola. masa jatuh tu kaki kiri sy blipat mcm duk tahiyyat awal. lps tu kaki tu mcm brbunyi. lps pd pd tu xleh jlan terus. keesokannya dh bleh jalan skit2 tpi kecot2 laa skit. keesokan hari tu pulak sy pergi ngurut. org yg urut tu bgtau sendi beralih. dia pun betulkan sendi tu. lps tu hilang laa skit sakit tu. dh bleh jalan mcm biasa. cuma masa jalan tu laa ad sengal2 skit. sy cuma nk tnya ttng tisu kt buku lali sy ni ad kemungkinan koyak atau tak ? sbb sy sedih bila tngk org main bola. xleh nk join sekali. lps tu smlm ad jalan2 ats rumput. lps tu trpijak tanah yg tak rata. rasa mmng sakit gilee laa. x tau nk bgtau sakit yg mc mne. tpi sakit yg bila rasa tu sakit insaf laa. lps tu hari sakit kat buku lali tu dh kurang. tpi tiba2 je rsa sakit kt blakang lutut bila lipat lutut. kalau tisu buku lali koyak cm ne ? ap simptom2 yg mnunjukkan koyak. trima ksih. apa2 abg bleh email kt asfa_adli@yahoo.com. trima kasih abg.

Unknown said...

Assalamualaikum. Saya seorang atlet fighter. Saya sekarang tengah mengalami keceraan ankle nie. Tapi saya nak kena fit balik untuk tournament akan datang. Apa langkah saya perlu buat? Saya boleh join just light training atau rest? Saya berlari dan melompat boleh. Tapi bila saya menyepak akan rasa sakit dekat ankle saya. Langkah untuk cepat pulih? Sebab jurulatih saya ada jugak urut dan buat terapi sikit tapi stiil sakit terasa. Saya join training just light training. Sekarang sebab saya nak fokus untuk game kalau saya tak ambik langkah nak pulih cepat sampai bila saya nak light training saja, bila saya nak fit untuk game nanti. Dekat 3 minggu jugak still sakit. Lama saya risau apa apa jadi je kat ankle saya. Patah, retak atau sebaliknya. Boleh bagi contoh patah atau retak macam mana rasanya? Sebab sepanjang saya tahu patah kita tak kan rasa apa apa and kaki tak boleh bergerak. Tapi kaki saya boleh bergerak cuma still sakit dekat ankle. Saya risau tak dapat join tournament disebab ankle saya tak baik dari sekarang. Mintak tolong bagi sebarang nasihat? Terima kasih.

bunga said...

Assalamualaikum. Sy dah buat MRI dan Xray pada bhgian ankle baru bru ni. As result, dr sahkan sy mngalami multitype ligament tear semua ligament pada bahagian ankle telah koyak. Tpi dr tk lagi sarankan utk operation buat masa ni. Boleh ke sy teruskan aktiviti mcm biasa skrg atau aktiviti sy terbts? Utk pngtahuan, sy bukan atlet dan tak aktif lnsg.

Unknown said...

bro, saya ada sedikit pertanyaan. mintak email bro ? thank you :)

Faridah said...

Assalamualaikum. Bagi kecederaan ankle yang telah terlalu lama, apakah agaknya rawatan yang boleh saya lakukan?

Unknown said...

Kira2 20tahun lpas sy pernah cedera di sekolah.buku lali bengkak dn lebam mnyebabkn sy sukar brjalan.sy lmbt ke klinik,cuma urut di rumah..selepas seminggu baru sy dptkn rawatan.doc hanya bg ubt sahaja.sy x rest sy cuba brjln spt biase dgn trhencut2 ke sekolah..sekarang slps 20tahun,buku lali sy membesar..tahun lps pernah sakit,tulang cm membesar pastu dlm seminggu mngecil cm sediakala..nie dh sebulan buku lali sy cm jd besar dn brdenyut2..saiz buku lali x mngecil pun..(kaki kiri)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

assalamualaikum
nak dekat sebulan yg lepas sye jatoh terseliuh main bola jaring wktu petng. memang ade bnyi crck tuh.mlam tu bru sye tuam ais.lepstu sye buat xray n ligamen koyak.dlu ade pakai simen sekejap.pastu ni dah bukak simen tpi stil tak boleh jalan.kaki tak boleh nak tampung bdan .jadi sakit sangt .bengkak tu masih ade .memang tempoh ntok berjalan semula tu lama sangt ke?sye dah lme sngt tak pegi kelas. ade yg pelik kenapa lama sngt tempoh ntok pulih semula tuh.mohon pencerahan ye asap.email sye(nur.didi96@gmail.com)

Anonymous said...

Saya sblum ni dlm sebulan lepas pernah terseliuh main volleyball, saya tersalah step lpastu terseliuh, ankle kaki kiri saya dah mula sembuh tapi sakit sikit bila nak lari, saya ingat dah elok jadi saya pegi jogging baru baru ni. Masa jog tu saya terpijak penutup longkang yg terjongket lpastu saya terjatuh. Kali ni kaki saya terseliuh dgn lebih teruk. Saya nak tanya ada effect ke kalau terseliuh dua kali?

booja96 said...

Bunga.... Mcmane kaki.. Da oke?

miss domo said...

Assalam .. Sy na tanya .. Sy dha bnyk kali jugak tplecok .. Buku lali belah dalam sy dha tak mcm buku lali .. It means terkluar dan jd tajam .. Mcm mne ye tu

booja96 said...

X try p x ray sis?

booja96 said...

X try p x ray sis?

Rajamaki said...

salam..saya seorang yang aktif terutama berjogging..akhir2 ni sy mengalami masalah pada ankle joint sy..selalu kedengaran bunyi pop tp sakitnya tidak keterlaluan..ttp semasa bunyi pop itu dihasilkan ia agak sakit tp dlm keadaan biasa ia normal (tidak sakit) dan smpai skrg masih boleh berjogging spt biasa.tiada kesan bengkak atau lebam..m

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya nak tanya mengenai kecederaan yg saya alami. Baru2 ni kaki saya tergeliat dn bila buat x ray doktor kata yg tulang fibula saya mengalami crack. Saya aktif dlm sukan ragbi and saya ingin tahu adakah saya dpt bermain seperti sedia kala?

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya terdengar bunyi crack waktu terpeleot ketika bermain bola. Sakit cuma sikit tapi reda selepas itu. Saya x rasa sakit dah lepas tu dan tiada bengkak dikaki saya. Adakah saya perlu buat apa2 pemeriksaan kerana terdengar bunyi crack tu?

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya terdengar bunyi crack waktu terpeleot ketika bermain bola. Sakit cuma sikit tapi reda selepas itu. Saya x rasa sakit dah lepas tu dan tiada bengkak dikaki saya. Adakah saya perlu buat apa2 pemeriksaan kerana terdengar bunyi crack tu?

Unknown said...

Salam. Sy baru sahaja mengalami kecederaan ankle di kaki. Waktu itu saya jatuh sb kena tackle dan waktu jatuh tu kaki saya terkepak ke kiribsedikit dn tros sakit ankle. Bila jmpa dr dia ckp hnya sakit biasa. Tp bila main smula sakit balik. Jd apa rawatan ea dn tempoh utk kembali smbuh ni. Risau jgak

Anonymous said...

assalamualaikum.... saya seorang pelajar ipt dan saya mengalami ankle sprain. bagaimana cara terbaik untuk sembuh dan kaedah apa yang palibg cepat untuk sembuh dari ankle sprain ini sbb saya perlu petgi ke kelas pengajian saya...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalam. Ankle saya sakit masa main bola sebab kna pijak. Lps 2 hari baru boleh jalan. Kalau pkai benda stokin & kasut ankle rasa sakit. Kadang² saya bukak kasut masa dlm kelas. Klu solat & duduk bersila sakit sngt. Kalau duduk kat kerusi ankle tak sakit tapi jari rasa berdenyut. Adakah kaki saya retak atau mengalami kekoyakan? Tq

Unknown said...

*adakah kaki saya retak atau mengalami ankle sprain?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Faridah said...

Sama mcm saya. Tak tau nak buat apa. Saya biar ajer. Kadang rasa mcm nak korek jer tempat yg sakit tu.

Unknown said...

Assalamualaikum...sy 2mggu lepas mengalami terseliuh di bahagian buku lali..selepas sy urut bahagian sakit ia jd bengkak dan skrg sudah susut...sy bole berjln tp bahagian buku lali sy masih bengkak dan de kesan lebam..boleh sy tahu mmg ia akan jd mcm itu atau sebaliknya?

Unknown said...

Salam, saya baru2 ni accident motor dan mengalami open ankle fracture. Doktor kata saya kene tunggu lagi sebulan(selepas saya dh tunggu sebulan) meaning total 2 bulan. Saya nak sembuh dlm masa 2 minggu lagi,adekah rawatan tradisional boleh membantu? Tolong emel kat saya arerephasri@gmail.com

Unknown said...

thanks sebab bagi maklumat ni kaki saya sakit gila sebab ankle kiri kanan sakit sebab jatuh .

Anonymous said...

assalamualaikum tuan..saya injured ankle semasa training...atfl dan cfl full tear manakala ptfl partial tear tuan...apa yg terbaik untuk saya buat tuan ? rehab atau operation ? boleh tuan terangkan kebaikan dan keburukan kalau saya operation atau tak operation ? saya masih bermain bola tuan..boleh tuan kongsikan pendapat,cadangan tuan untuk saya dapat pulih semula dengan lebih baik dan boleh bermain tanpa sebarang gangguan serta bermain untuk jangka masa yg panjang ?

Yean.. said...

Selamat petang tuan..kelmarin pagi saya terseliuh..ter pulas rasanya kaki kanan ni.. bengkak atas jari2 dan buku lali bengkak sedikit menjelang petang.. sudah jumpa doktor dan xray..syukur keputusan xray tiada yg serius cuma tisu ada koyak sedikit.. so , doktor sarankan saya berehat selama 2 minggu drpada membuat xtvt lasak seperti berjogging.. dan hari ini memang masih ada sakit2 kat buku lali tu.. kalau berjalan masih terasa sakit dan dlm keadaan duduk sekiranya sa cuba pusing2 kan buku lali tu..masih terasa sakit ...tetapi dalam seminggu lagi saya ada run.. so , misalnya la..dalam seminggu ni kaki saya sembuh atau tidak sakit lagi ..sekiranya saya paksa utk lari..adakah sakit akan ber ulang kembali ?

Unknown said...

Asalamuallikum saya punya kes itu hari pada bulan november 2016 saya terseliuh agak teruk sewaktu main bola padang. Sewaktu itu saya bermain di atas permukaan pdg yang tidak rata dan kekurangan tenaga.bila saya kena tu saya punya ankle betul2 terlipat ditolak pulak dengan berat bdan yg mmg dah takde tenaga and berbunyi crack boleh kata tiga kali bunyi die. Lepas dari kejadian tu boleh kata kaki saya dah tak function tak boleh nak jejak tanah sbb terlalu sakit and saya terpaksa angkat dan berjalan menggunakan sebelah kaki.sesampainya saya di rumah saya hanya rendam kaki saya di dalam baldi ais dan bila tido saya mengangkat tinggi kaki saya. Mmg waktu itu kaki saya bengkak la selama beberapa hari. Selepas itu baru syaa pergi berjumpa phisioterapy untuk membuat rawatan lanjut beberapa minggu di klinik fisiotherapy tu progress ankle saya hanya bengkak bernsur pulih dan saya still jala terhencut selama 6 sesi tak dapat habiskam kerana terlalu mahal. So saya refer la dekat hospital kerajaan dan waktu tu baru saya dapat buat x ray untuk kali pertama dan doc cakap ade jumpa retak lama tapi sudah baik dan diebkata yg syaa kena ni mybe ade ligment yg koyak so die anta saya ke jabatan rehabilitation untuk kuatkan. So saya buat 4 kali sesi dan saya dah boleh jalan seperti biasa tetapi saya still rasa sakit dibahgian ankle belah dalam betul di bawah ankle di antara tumit ngan ankle. So sekarang dah 5 bulan masuk bulan 4 ni die dah 6 bulam lah. Sekarang saya boleh jalan seperti biasa tetapi bila saya pressure sebelah kaki kiri saya yang kena ni mmg still ade rasa sakit. Camne tu ade yang boleh bagitau ape ygbsaya perlu buat?

Ggwp said...

Assalamualaikum bang ,Saya nak bertanya sikit, 7 bulan lepas saya mengalami kemalangan dan kaki saya (dari bawah buku lali) terkulai memisahkan buku lali dengan tapak kaki saya , doktor telah memasang Xfix(saya x pasti namanya) pada kaki saya , Sekarang besi Xfix dan ditanggalkan , kaki saya terasa pelik, luka dibawah buku lali saya( antara tumit dan buku lali) selalu mengeluarkan lendiran, bukan nanah atau darah , menyebabkan luka saya susah nak kering walaupun dibiarkan depan kipas, dan jika saya duduk di kerusi dan saya meletakkan kaki diatas lantai, kaki saya akan membengkak, jadi saya terpaksa menggantungkan kaki pada kerusi atau meja untuk mensurutkan bengkak pada kaki,

Persoalan saya , Normal ke lendiran pada kaki , dan bengkak jika kaki dibiarkan terlalu lama ,

Sila e-mail saya itskillingme80@gmail.com atau whatsapp saya +60132248382

Terima kasih

Anonymous said...

salam..sape2 yg pernah buat operstion ankle ni? brp kos ya

Szl said...

Dalam 17k total

Unknown said...

Hello saya pernah retak tulang selangka pada lima bulan lalu soalan saya ialah bolehkah saya
Bermain gym selepas sembuh tulang selangka saya ini

Unknown said...

Boleh email saya rabiulaiman2001@gmail.com

Unknown said...

buku lali kanan saya pernah terkepak dan bengkak...selepas 48 jam saya ada pergi urut kaki terasa sgt sakit lps urut kaki dah x sakit..boleh berjalan dan bengkak makin surut tapi ada beberapa bahagian masih sakit.saya sudah jumpa dr dan x ray tapi xde apa2...tapi bila saya pijak lantai saya rasa tumit x rata di simen dan saya masih x boleh duduk antara dua sujud masa solat ..boleh email saya haseenarazak97@gmail.com

Unknown said...

Saya baru lepas menjalani pembedahan ankle sprain grade 2. Dimana terdapat multi ligament tear dan juga cartilage repair (ankle arthroscopy). Setelah fisio dua bulan. Sakit2 masih ada lagi. Masih ada urat yang bengkak. Solat masih berkerusi disebabkan masih tidak dapat duduk antara dua sujud. Boleh email saya saadiah.ahmadzaki@gmail.com

Anonymous said...

Assalamualaikum, 6 minggu lepas saya kena ankle sprain ni sewaktu jogging. Lepas urut terus kaki saya bengkak dan xboleh pijak lantai langsung. Sekarang dah ok tapi masih sakit jika saya jengketkan kaki dan lari kaki terasa cekang waktu nak kepakkan kaki duduk antara dua sujud. Kenapa masih terasa walaupun dah sebulan lebih ? Atau sakit ini disebabkan saya jalan terlalu banyak ? Terima kasih. Boleh email saya rispija@gmail.com

benlog said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Slmt ptg.. Anak no 2 saya ada flat foot kedua belah kaki. Selalu mengadu sakit kaki n bahagian yg lain. Dia baru berusia 10 tahun. Apakah rawatan yg sesuai utk dia? Saya tidak pernah tahu dan tidak pernah didedahkan tentang rawatan utk flat ni.

Unknown said...

Assalam..ibu sy br jatuh dlm blik air n msuk wad selama 4 ari..xray bhagian kpla n tulang blkang alhamdulillah xde ape2..dh kluar wad br mak ckp ankle nye sakit..bengkak sikit..nk brdiri sakit..tp klu dh brdiri x sakit..jln blh 3-4 tapak..blh x klu sy tuam pnas n pastu bandage..tq

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

Maaf kerana sibuk x sempat menjengok blog. Kebiasaannya knk² usia ini agak aktif bergerak, berlari dan melompat. Sekiranya berlaku masalah sakit dlm tempoh masa yg lama atau berulang-ulang seeloknya rujuk kpd pakar utk melakukan rawatan. Ini kerana bahagian tulang dan otot tidak dpt dilihat dgn mata kasar. Xray dan MRI blh membantu meneliti faktor yg menyebabkan kakinya sakit.

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

Pada peringkat awal, jika ada bengkak di bahagian ankle, perlu dituangkan dgn ais terlebih dahulu utk mengurangkan rasa sakit pada bahagian yg bengkak. Perlu diketahui pada usia 40an, 50an kemungkinan struktur tulang tak begitu kuat dan berbeza pada ketika usia muda kerana pergerakan kita lebih aktif yg membantu menguatkan tulang. Sy sarankan puan ke klinik atau hospital terlebih dahulu utk rawatan.

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

Ankle sprain bg sesetengah org mengambil masa yg lama untuk pulih sepenuhnya. Sy sarankan puan banyakkan membuat rehabilititasi/fisio seperti yg sy berikan contoh di atas. Jika masih berlarutan, seeloknya ke hospital utk rawatan susulan.

Unknown said...

Saya patah buku lali Ada 2.. so Saya kena operate pada bulan Feb...selepas operate agak2 berapa lama Saya dah boleh berjalan Dan apa jagaan yg harus lakukan?

chedacheyu said...

Saya juga baru mengalami ankle sprain ni. Sakitnya hanya yang pernah mengalami je tahu. Kaki saya separuh simen utk trmpoh sebulan setengah. Selepas ni, doktor kata perlu buat fisio. Mudah-mudahan kaki pulih secepat mungkin. Dah tak sabar nak berjalan seperti biasa semula. Hehe.. Apapun, entry tuan dan komen dari pelawat2 entry ini sangat membantu untuk menambah pengetahuan saya. Terima kasih. 😊

Unknown said...

Salam tuan. Nk bertanya kaki kiri sye ankle sakit hampir 1tahun. Skrg ni kaki sye xleh buat pusingan mesti ade rase ngilu. Kalau jengket mesti sakit kaki kiri sye kat bahagian pengelangan kaki sye. Kalau sye buat pusingan guna tangqn kat kaki mesti pengelangan kaki sye bunyi mcm letup2 tulang. Adekah masalah sye serius. Kalau terpijak lantai dlm keadaan condong sikit sakit dia teramat sakit. Tlg la sye

Anonymous said...

Salam tuan, nak tanya ankle guard tu guna ketika tgh bersukan atau selepas ankle sprain?

Anonymous said...

salam tuan,
saya terjatuh licin dan mengalami ankle sprain. Bila xray, doctor saran operation pasang plate & screw. Sementara tunggu schedule operation, saya jumpa pengamal tradisional dengan sapuan minyak kelapa dan daun mengkudu. Dia kata x perlu operate, kerana pembentukan tulang semula dan pemulihan ligamen akan berlaku. Saya x pasti nak operate ke atau nasihat pengamal rawatan tradisional. Terima kasih atas pandangan tuan.

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

Wslm.. Utk mslh ini sy sarankan tuan ke hospital utk buat xray atau MRi. Dibimbangi kemungkinan berlaku radang tulang

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

Wslm.. Ankle guard dipakai ketika ingin melakukan aktiviti sama ada berjalan, berlari atau bermain jika rawatan dan rehab telah dilakukan. Tujuan ankle guard utk support bahagian berkenaan. Tetapi jika masih terasa sedikit kesakitan, elakkan melakukan aktiviti yg agresir sehingga ia benar² telah sembuh

Hilmi Bin Ahmad @ Ayub said...

Rawatan moden dan tradisional berbeza dan ada pro dan kontra. Biasanya ankle sprain melibatkan fasa² ligamen samada koyak kecil hingga koyak besar/putus. Ligamen yg dah putus memerlukan operation. Kemungkinan tradisional tersebut blh menghilangkan rasa sakit/bengkak dan kebiasaanya ligamen yg sah putus sepenuhnya tidak akn kembali normal seperti biasa melainkan dgn melakukan operation seperti yg disarankan. Sy cadangkan tuan ke pusat perubatan bahagian fisioteraphy utk sahkan tahap kecederaan yg dialami.

Unknown said...

salam..
saya ingin bertanya.
saya baru mengalami right ankle sprain. dan telah membuat MRI. so soctor yg merawat mengatakan ATFL tear (putus) kerana semasa review doctor menunjukkan kawasa atfl tidak bersambung terputus. tetapi sy tidak merasakan kesakitan yang extreme cume bila berjalan terbatas dan slow sahaja...sekrang baru 3 hari...doctor sarankan repair or stemcell injection..jadi saya mahu bertanya

1) Operation or stemcell yang lebih baik?
2) Jika saya tidak melakukan pembedahan atau injection stemcell apa kesan pada ankle saya.
3) apa yang sepatutnya saya perlu buat?

kay said...

Hi...saya terjatuh tangga dan mengalami complete ankle ligament tear. Saya telah melakukan procedure ATFL/CFL. Selepas melalukan fisio dan tapak kaki saya ditolak 90degree..saya mengalami kesakitan sehingga hari ini adalah hari ke 5. Saya berjalan menggunakan crutches dlm keadaan kaki melunjur ke depan, sangat tegang dan sakit. Saya tidak dapat membengkok kaki ke belakang semasa guna crutches.. Adakah perkara ini normal. Jika ade pengalaman slps fisio, mintak tlg share ye

BUNGA BIRU said...

Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.

5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

6) Sepanjang sy kenal ramai pesakit, antara dikalangan kawan-kawan sy juga, pesakit gout pun boleh sembuh dgn cepat , abang sy sendiri minum untuk gout, kalau dlu die bergantung kepada ubat klinik ,sekarang dh sembuh dn gout susah nak dtg dah walau kadang kala ada makan seafood.

Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit (GERD) yang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................

Call order wasap@call- En Mohd z
Zuhairi 017-4687570



BUNGA BIRU said...


Radang Paru-paru Copd.

Saya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring

Unknown said...

Adakah anda sedang mencari pinjaman perniagaan? pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tidak bercagar, modal teroka, dll.. Atau adakah anda telah ditolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan atas sebarang sebab. Kami adalah pemberi pinjaman swasta, memberi pinjaman kepada perniagaan dan individu pada kadar faedah yang rendah dan berpatutan iaitu kadar faedah 2%. jika Berminat? Hubungi kami hari ini di ( kaiserpeter536@gmail.com ) dan dapatkan pinjaman anda hari ini
salam,
Pasukan pelaburan Kaiser Peter

Powered By Blogger