@Sebijak Minda Berfikir...
Kebijaksanaan Senjata Merbahaya
Tuesday, 22 April 2014
PELUANG PERNIAGAAN DENGAN MODAL YANG KECIL
Saya ingin mengajak rakan-rakan/sahabat handai yang meminati biznes untuk menceburi biznes rangkaian telekomunikasi terkini. Apa kelebihan dalam perniagaan ini?
- INTENSIF BERPANJANGAN
- KEUNTUNGAN JUALAN SIMKAD
- KEUNTUNGAN JUALAN E-RELOAD
- BERPOTENSI MENJADI 'SUPPLIER'
- TAK PERLU ADA KEDAI
- DAN BANYAK LAGI...
APA ITU INSENTIF?
INTENSIF 10% SETIAP KALI PELANGGAN ANDA MEMBUAT PENAMBAHAN TOPUP
SEMUA ITU JIKA ANDA MENJADI DEALER ONEXOX
HARGA SIM kad COMFORM MURAH ..
CONTOH yang ingin saya kongsikan
andaikan anda dealer
anda daftar sehari 5 orang ,
jika 30 hari x 5 orang = 150 unit sebulan
misalnya setiap sim topup minima RM50 sebulan
150 x rm50=RM7500
10% adalah intensif anda iaitu RM750
jika dalam masa 1 tahun iaitu 12 bulan
anda buat step sama ..150unit x 12 bulan
=total jumlah yang anda jual 1800sim
minima RM50 seorang pelanggan topup
1800 x RM50=RM90000 kan
10% intensif anda
berapa ya ???
RM9000 huhu .. tinggi nya!!!! .. lepas bayar kereta n rumah.. ini maintain ya.. sebb setiap hari orang akan topup kan??
sila komen "saya nak jadi dealer ONEXOX " @ sms KE 012-695 5566 SEKARANG!p/s>>> KAMI AKAN GUIDE ANDA SEKURANG-KURANGNYA AKAN MEMPEROLEHI KOMISEN 3 ANGKA DALAM TEMPOH 3 BULAN
Monday, 28 October 2013
JANGAN HIPOKRIT!
Ada segelintir masyarakat yang menzahirkan rasa marah dengan perkongsian video rakaman cctv mengenai 'Pengawal keselamatan tembak mati Pegawai Ambank'. Bagi mereka, perkongsian video sedemikian terlalu sensitif dan tidak menghormati arwah serta keluarganya. Bagi saya, ada baik dan buruknya perkongsian video tersebut untuk tatapan awam khususnya mereka yang aktif di alam cyber.
Keburukan
- Dengan niat untuk mempersendakan kematian arwah & menyakiti hati keluarganya.
- Berkongsi video tapi dalam masa yang sama tidak merasa simpati apatah lagi untuk bersikap empati.
- Memang suka-suka untuk berkongsi.
- Tidak tahu apa yang dikongsikan.
KEBAIKAN
- Dengan niat utk menghebahkan kpd org ramai supaya mengenali suspek & melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada sebarang maklumat.
- Supaya orang ramai lebih berhati-hati jika terjumpa/terserempak dengan suspek.
- Berkongsi agar semua masyarakat sedar betapa kejamnya jenayah sebegini.
- Rasa ingin membantu mengikut kemampuan walaupun hanya sekadar perkongsian maya.
- Satu usaha yang murni untuk sama-sama membantu mengikut kemampuan masing-masing.
Sesuatu perkongsian itu tidak semestinya mendatangkan keburukan semata-mata. Dalam zaman yang pesat dgn kecanggihan teknologi, selagi mana ia digunakan ke arah ynag positif maka penafsiran secara emosional akan menggagalkan kemajuan teknologi tersebut. Siapa tahu dengan perkongsian melalui maya ini berupaya membantu memperolehi maklumat penting dan akhirnya memudahkan pihak berkuasa tempatan mengambil inisiatif tertentu untuk menangkap serta membawa suspek ke muka pengadilan. Kewajarannya tetap ada memandangkan penggunaan medium sosial ini sgt meluas dalam kalangan masyarakat. Sensitiviti pihak yang terlibat tetap perlu dijaga tetapi jika matlamat yang baik kita dahulukan ianya bukan lagi sensitif bahkan menjadi maklumat penting dan berguna untuk tujuan hebahan menyedarkan masyarakat. Hari ini segala-galanya memerlukan bukti yang konkrit dalam apa jua perkara lebih-lebih lagi sesuatu perkara itu dapat diketahui dan dilihat dengan mata kepala sendiri. Masyarakat kini tidak terkesan jika hanya dimomokkan dengan kata-kata, tulisan, percakapan lisan dan sebagainya. Mereka perlukan bukti nyata yang boleh dilihat seterusnya dapat dinilai oleh mereka sendiri.
Kenapa penulis meletakkan tajuk JANGAN HIPOKRIT? Banyak sebabnya. Kita tersilap meletakkan tahap sensitiviti kita. Jika kita benar-benar sensitif, hentikan tayangan semua filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Kita sebagai peminat pun jangan lagi menontonnya. Kerana apa? Kerana sensitif dan menghormati arwah dan keluarganya. Tak usah ditayangkan video tentang malapetaka tsunami di Acheh. Kerana apa? Kerana sensitif dan menghormati keluarga si mati. Tak usah ditayangkan video atau gambar kekejaman dan pembunuhan di Mesir, Syria, Palestin, Afganistan dan lain-lain. Kerana apa? Kerana sensitif dan menghormati keluarga si mati. Jika begitulah kita labelkan tahap sensitiviti kita, ternyata keupayaan IQ kita masih rendah. Kita ketinggalan jauh dalam arus kemodenan teknologi.
Sebab itulah bagi saya, persepsi masyarakat perlu diperbaiki. Sensitiviti perlu ditakrifkan dalam kerangka yang lebih luas. Adakalanya kita terlalu sensitif dalam perkara yang tidak sepatutnya kita sensitif tetapi dalam masa yang sama, perkara yang benar-benar sensitif, kita hanya memandang enteng. Aliran pergerakan dan penerimaan maklumat melalui maya kini begitu pastas. Semua maklumat yang disampaikan sangat mudah iaitu dengan hanya sentuhan jari jemari. Boleh dikatakan medium sosial kini menjadi antara medium terbesar dan terpantas untuk menyampaikan maklumat bahkan jika disalahgunakan boleh memberi impak yang negatif kepada sesebuah masyarakat, agama, bangsa dan lebih padah lagi boleh menggugat kestabilan negara.
Persoalannya kenapa kita perlu sensitif dalam menghebahkan maklumat atau data mentah kepada masyarakat tentang sesuatu kejadian untuk tujuan yang baik? Jika kita tidak mahu dilabel sebagai bangsa yang hipokrit maka gunakanlah akal yang waras, hati yang terbuka, pemikiran yang bijak dan akhirnya buat penilaian secara total InsyaAllah kita akan dapat bezakan yang mana perlu sensitif dan yang mana tidak perlu.
Thursday, 5 September 2013
MOTIVASI: PERLUKAH PAKAR MOTIVASI JUTAWAN MENJADI SEORANG JUTAWAN?
Agak lama menyepi daripada penulisan artikel. Terdetik dalam benak fikiran hari ini untuk menulis. Beberapa hari lepas 'sambil-sambil' lepak dan melayan 'FB' terbaca status yang di'post' oleh salah seorang daripada kalangan 'friendlist' penulis. Status berkenaan lebih kurang begini "Banyak juga iklan seminar jadi jutawan oleh jutawan yang jadi jutawan dengan mengajar orang menjadi jutawan walaupun mereka tidak jutawan dengan perniagaan selain dari perniagaan ajar orang jadi jutawan. Maka ramailah yang kecewa dengan kegagalan mereka menjadi jutawan menerusi seminar jutawan"
Penulis mengamati betul-betul status berkenaan dan mula berfikir apa yang tidak kena dengan 'talk' atau seminar tentang melahirkan masyarakat ke arah menjadi seorang jutawan. Komentar penulis dalam ruangan artikel kali ini bukan untuk memalukan penulis status berkenaan jauh lagi untuk menjadikannya seteru penulis. Ianya sekadar perkongsian ilmiah supaya kita perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan lebih-lebih lagi ianya boleh mewujudkan persepsi yang tidak baik dalam kalangan masyarakat banyak.
Didalam ilmu psikologi, banyak perkara yang boleh dipelajari antaranya ilmu yang berkaitan hubungan kekeluargaan, hubungan sosial, hubungan manusia dengan persekitaran, ilmu berkaitan motivasi, perkara yang berkaitan dengan emosi, pengurusan konflik & stres dan banyak lagi yang mana ianya merupakan satu kajian ke atas manusia dari pelbagai sudut. Manusia yang lahir akan melalui norma-norma sebagai manusia dan akan sentiasa berhubung dengan dunia luar.
Berbalik kepada program melahirkan jutawan didalam penganjuran seminar dan sebagainya, ianya bukanlah sesuatu yang biasa malah dengan adanya seminar atau 'talk' yang berkesan, tidak mustahil ramai jutawan lahir hasil daripada seminar tersebut meski pun orang yang memberikan 'talk' tersebut bukanlah seorang jutawan. Kenapa begitu? Kupasan di bawah akan menjawab persolan yang timbul.
Manusia akan sentiasa melalui pelbagai pengalaman dalam hidup mereka, dengan pengalaman yang diperolehi, mereka dapat mempelajari sesuatu yang baru. Istilah belajar daripada pengalaman memberi maksud bahawa setiap pengalaman itu boleh ditakrifkan sebagai pelajaran atau pengajaran dan juga ilmu baru bagi manusia. Manusia akan sentiasa meletakkan matlamat dalam hidup mereka. Untuk mencapai matlamat yang diingini, mereka memerlukan usaha, tindakan, doa, tawakkal dan seterusnya apa yang disebut motivasi intrinsik/ekstrinsik atau dorongan atau semangat atau lain-lain istilah yang sama dengannya.
Apa itu motivasi intrinsik? Ianya dorongan/semangat/ motivasi yang tercetus dalam diri seseorang itu. Semangat dan motivasi manusia wujud dalam pelbagai cara. Melalui pengalaman, melalui dorongan, melalui pembelajaran, melalui penglihatan, melalui pendengaran dan banyak lagi. Adakalanya semangat datang dalam diri mereka sendiri tanpa bantuan orang lain tetapi faktor luaran sebenarnya banyak membantu meningkatkan semangat seseorang itu. Sebagai contoh, seorang pemain bola sepak yang kelihatan telah hilang semangat, mendapat suntikan semangat baru untuk bermain dengan lebih baik apabila jurulatih mereka memberi kata-kata ransangan yang baik dan menaikkan semula semangat untuk berlawan. Yang pasti, tidak semua jurulatih terdiri daripada mereka yang hebat di era mereka bergelar sebagai pemain.
Manusia dicipta dgn pelbagai kebolehan dan kepakaran. Ada yang pandai menyanyi, ada yang pandai bermain alat muzik, ada yang genius dan macam-macam lagi termasuklah juga ada yang hebat berpidato, memberi ceramah dan sebagainya. Dengan adanya pakar-pakar tertentu dalam bidang-bidang tertentu maka akan wujudlah manusia yang memiliki pelbagai latar belakang. Dalam erti kata lain, kita tidak perlu menjadi seseorang terlebih dahulu sebelum menjadi seseorang. Sebagai contoh, seorang doktor tidak semestinya mewarisi bakat atau keperibadian doktor yang diwarisi oleh bapa/ibu/datuk/nenek dan sebagainya untuk menjadi seorang doktor.
Mengapa motivasi itu sangat penting? Ibu bapa merupakan pendorong terkuat didalam sesebuah kekeluargaan. Dorongan yang baik oleh ibu bapa dapat memberi ransangan kepada anak-anak untuk menjadi insan yang benar-benar bergelar manusia. Jika seorang ibu/bapa perlu menjadi seseorang dahulu sebelum diperturunkan warisan itu kepada anak-anaknya maka kita akan dapati setiap keluarga itu benar-benar mewarisi keturunannya. Mengapa pula saya mengatakan dorongan ibu dan bapa merupakan dorongan terkuat?
Sebuah kisah pendek yang mana sebuah keluarga miskin mempunyai 3 orang anak. Kehidupan keluarga tersebut hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Walau bagaimanapun, ibu/bapa tersebut berjaya membesarkan anak-anak mereka dengan didikan yang cukup sehingga ketiga-tiga orang anak mereka berjaya menjawat jawatan yang besar-besar. Akhirnya ibu bapa itu telah pergi meninggalkan anak-anak mereka buat selama-lamanya. Anak-anak mereka pula kini memiliki harta yang banyak hasil daripada didikan yang baik oleh ibu bapa mereka. Jika diteliti daripada kisah tersebut, ibu bapa kepada anak-anak itu bukanlah siapa-siapa. Hanya manusia biasa yang hidup dalam kekurangan untuk membesarkan anak-anak mereka. Adakah ibu bapa tersebut perlu menjawat jawatan besar dahulu sebelum memotivasikan anak-anak mereka? Sudah semestinya tidak. Inilah yang dikatakan kuasa motivasi!
Berbeza sekali seorang pakar motivasi dengan seorang bomoh nombor ekor. Seorang pakar motivasi sentiasa menerapkan nilai-nilai yang baik untuk menaikkan semangat dan motivasi manusia. Seorang pakar motivasi, walau pun mereka bukan jutawan tetapi dengan kata-kata semangat/dorongan dan ilmu motivasi yang ada pada mereka, ianya boleh memberi impak semaksima mungkin seterusnya menggerakkan titik mula seseorang manusia itu daripada manusia yang biasa-biasa kepada seorang manusia yang luar biasa dan disegani. Seorang bomoh nombor ekor pula bukan memberi ransangan kepada pemujanya tetapi dalam ritual yang dibawah paras sedar, pemuja-pemujanya telah diperbodohkan dengan kekayaan 'mat jenin' yang tiada kesudahan. Sudahnya pemuja-pemuja hanyut dengan sifat bodoh diri mereka sendiri.
Seorang bapa tidak perlu kaya untuk memberi dorongan kepada anak-anak mereka untuk menjadi kaya. Seorang guru tidak perlu menjadi doktor untuk mendidik anak bangsa mereka menjadi seorang doktor. Seorang pakar motivasi tidak perlu menjadi jutawan untuk melahirkan ribuan masyarakat yang bergelar jutawan. Jika kita tidak mempunyai ilmu yang cukup, jangan sesekali memperlekehkan kepakaran seseorang hanya kerana kita merasakan orang itu hanya sekadar petah berkata-kata. Harus diingat bahawa hanya dengan kata-kata, tidak mustahil akan merubah dunia!
Thursday, 11 July 2013
SENTIASA MEMBANDING DENGAN YANG BAWAH
1. Jika kita mempunyai rumah, bersyukurlah kerana masih ramai yang hidup susah tanpa rumah dan merempat sana-sini.
2. Jika kita mempunyai kereta, bersyukurlah kerana ada diantara mereka yang hanya mempunyai motosikal/basikal untuk menghantar anak ke sekolah setiap hari.
3. Jika kita makan nasi berlaukkan telur masin, bersyukurlah kerana ada diantara mereka yang tidak makan beberapa hari dek kerana terlalu daif.
4. Jika kita hanya mampu membeli sepasang baju raya, bersyukurlah kerana ada diantara mereka yang tidak pernah menikmati kopiah baru apatah lagi baju baru.
5. Jika kita mempunyai gaji yang kecil, bersyukurlah kerana ada diantara mereka yang terpaksa mengutip tin dan menjualnya setiap hari demi untuk mendapatkan wang seringgit.
6. Jika kita mempunyai penglihatn yang sedikit kabur, bersyukurlah kerana ada diantara mereka yang buta dan tidak mampu melihat dunia hingga ke akhir hayat mereka.
Perumpaan/perbandingan yang penulis cuba sampaikan adalah untuk tujuan muhasabah diri dan untuk renungan sahabat-sahabat sekalian. Kadang-kadang kita merasakan kita kurang tetapi ketahuilah bahawa ada manusia yang lebih kurang daripada kita. Sesungguhnya syukur itu nikmat. Dengan bersyukur, hati kita menjadi tenang kerana Allah akan sentiasa merahmati mereka yang sentiasa bersyukur.
2. Jika kita mempunyai kereta, bersyukurlah kerana ada diantara mereka yang hanya mempunyai motosikal/basikal untuk menghantar anak ke sekolah setiap hari.
3. Jika kita makan nasi berlaukkan telur masin, bersyukurlah kerana ada diantara mereka yang tidak makan beberapa hari dek kerana terlalu daif.
4. Jika kita hanya mampu membeli sepasang baju raya, bersyukurlah kerana ada diantara mereka yang tidak pernah menikmati kopiah baru apatah lagi baju baru.
5. Jika kita mempunyai gaji yang kecil, bersyukurlah kerana ada diantara mereka yang terpaksa mengutip tin dan menjualnya setiap hari demi untuk mendapatkan wang seringgit.
6. Jika kita mempunyai penglihatn yang sedikit kabur, bersyukurlah kerana ada diantara mereka yang buta dan tidak mampu melihat dunia hingga ke akhir hayat mereka.
Perumpaan/perbandingan yang penulis cuba sampaikan adalah untuk tujuan muhasabah diri dan untuk renungan sahabat-sahabat sekalian. Kadang-kadang kita merasakan kita kurang tetapi ketahuilah bahawa ada manusia yang lebih kurang daripada kita. Sesungguhnya syukur itu nikmat. Dengan bersyukur, hati kita menjadi tenang kerana Allah akan sentiasa merahmati mereka yang sentiasa bersyukur.
Sunday, 7 July 2013
RAMADHAN YANG LESU
Syukur Alhamdulillah beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Ramadhan. Semoga Allah permudahkan segalanya dan semoga dipanjangkan usia serta diberikan kesihatan yang baik utk menghabiskan puasa di bulan yg mulia itu nanti.
Penulis sempat menjengah di beberapa buah pasaraya di sekitar Kuala Lumpur, Kuantan dan beberapa tempat lain, belum pun bermula Ramadhan mereka telah sibuk mempromosikan jualan hari raya. Kesialan apakah semua ini? Tidak ada langsung rasa hormat terhadap Ramadhan yang mendatang. Lebih dikesalkan, terdengar perbualan dikalangan teman-teman, bu-ibu, makcik-makcik, anak dara dan pelbagai golongan pemuja Hari Raya Aidilfitri lebih risaukan persiapan menyambut Syawal berbanding Ramadhan. Tidak terhenti disitu, mereka seolah-olah terlalu runsing jika tidak dapat membuat persiapan untuk hari raya. Nampaknya roh Ramadhan tidak lagi dinanti-nanti apatah lagi untuk gembira dengan kehadirannya.
Tidak salah sama sekali untuk membuat persiapan awal menjelang hari raya tetapi janganlah terlalu taksubkan Syawal sehingga melupakan Ramadhan yang penuh dengan intipati kemuliaan didalamnya. Adalah lebih elok jika kita bersederhana di bulan Syawal sebaliknya kejarlah kekayaan pahala di bulan Ramdhan.
"Demi masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh".
Harapan penulis agar kita semua tidak berada bersama-sama dengan golongan yang lalai, golongan yang melebihkan dunia daripada akhirat, golongan yang lupa bahawa mati itu pasti dan golongan yang mensyirikkan Allah..Aminn
Tuesday, 18 June 2013
PARALIMPIK: EDISI 1
Siapakah
atlet kurang upaya?
-
Atlet yang
mempunyai ketidaksempurnaan fizikal atau mental yang menghadkan satu
atau lebih
dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kehidupan sehariannya.
-
Aktiviti-aktiviti
harian seperti : menjaga diri sendiri, berjalan, melihat, mendengar,
bercakap,
bernafas, belajar dan bekerja.
Perkembangan
golongan kurang upaya dan sukan
Hak / Undang-undang :
-
Sebelum 1970an,
golongan ini kurang diberi perhatian.
-
Akta pemulihan
1973 dan akta pendidikan untuk orang cacat 1975 digubal di A.S
untuk beri
perhatian kepada golongan ini.
-
1980an ibubapa
bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak kurang upaya diberi
pendidikan dan
latihan pemulihan.
-
1990an Americans
With Disabilities Act (ADA) dan Individuals With Disabilities Act
(IDEA)
digubal untuk iktiraf dan beri hak tertentu kepada golongan ini.
Sukan :
-
Sukan untuk
golongan ini berkembang di bawah pendidikan jasmani setelah akta
1975
diwujudkan.
-
Tujuan utama
untuk tingkatkan perkembangan kendalian motor dan keupayaan
kanak-kanak untuk
kegiatan, hidup yang produktif, berdikari, pergerakan fizikal dan
keseronokan.
Pendidikan
jasmani untuk golongan kurang upaya
-
Mengajar
kemahiran motor untuk rekreasi dan kehidupan.
-
Mengajar gunakan
kemahiran motor untuk hidup dalam masyarakat.
-
Mengajar asas kemahiran
motor, cth : berjalan.
-
Tingkatkan
perkembangan keperluan fizikal dan kecergasan motor bagi pergerakan
asas
seperti memakai pakaian dan menuap makanan.
Mengapa
golongan kurang upaya meningkat?
-
Turunnya kadar
kematian bayi yang dilahir pramatang.
-
Turunnya kadar
kematian bagi yang dilahirkan cacat.
-
Peningkatan
teknologi perubatan yang menyelamatkan nyawa mangsa kemalangan.
-
Peperangan,
periuk api.
-
Penyakit kronik
cth : menigthis, diabetis.
-
Undang-undang
yang melindungi golongan ini.
Golongan
kurang upaya di Malaysia
-
Sehingga kini
tiada akta khusus untuk golongan ini di bawah tanggungjawab Jabatan
Kebajikan
Masyarakat atau NGO.
-
Pada tahun 1960
sekolah khas yang pertama dibina untuk golongan buta iaitu
Sekolah Queen
Elezabeth.
-
Pada tahun
1970an kelas khas diwujudkan di sekolah-sekolah untuk golongan pekak,
bisu dan
buta.
-
Pada tahun 1989,
sekolah khas bermula untuk pelajar bermasalah pembelajaran cth:
hyper(terlalu
aktif) , down(mental rendah) , autisme(tidak boleh fokus) dan slow
learner(lembam).
-
Penerimaan
pelajar bermasalah terhad kepada yang boleh diajar dan dilatih.
-
Pertengahan
tahun 1980an, Tas Putra di Ampang diwujudkan bagi meningkatkan
pengambilan
pelajar kurang upaya.
-
Awal tahun
1990an, UKM telah menawarkan kursus pendidikan khas.
-
Aktiviti fizikal
idak formal dan tiada sukatan khas pendidikan jasmani untuk golongan
ini.
-
Pada tahun 1989, guru terlatih pendidikan khas mula
dihasilkan dari Maktab
Perguruan.
-
Pada tahun 1989, sukan kurang upaya dikalangan
pelajar-pelajar sekolah khas di
bawah unit pendidikan khas Kementerian
Pendidikan. Antara sukan yang
dipertandingkan adalah seperti sukan bola sepak, olahraga dan badminton.
-
Penyertaan atlet
di paralimpik bermula dengan Persatuan Orang Cacat dan tajaan.
-
Pada tahun
1980an, MPM di bawah MOM mula mengawasi atlet kurang upaya.
-
Penyertaan atlet
kurang upaya di sukan Paralimpik meningkat dan mula diberi
perhatian pada tahun
1990an.
Thursday, 28 March 2013
JIKA BENAR RAKYAT DIDAHULUKAN KENAPA TIDAK RON97 DIUTAMAKAN?
Naik lagi 20sen! Sekarang dah jadi RM2.90! Itulah hasil sembangan masyarakat di sebuah kedai kopi di salah sebuah taman di Kuala Lumpur. Penulis yang pada ketika itu singgah untuk membeli roti canai mula berfikir apakah kenaikan harga yang dimaksudkan oleh seorang anak muda yang kelihatan seperti mat rempit murahan. Tidak mungkin harga roti canai naik mendadak sebegitu. Setibanya di rumah penulis lantas mencapai komputer riba separuh usia untuk menjelajah dunia internet bagi mencari informasi mengenai telahan anak muda tadi.
Oh! Rupa-rupanya harga minyak RON97 naik semalam (7 Mac 2013). Pelik sungguh kerana tidak ada langsung perkhabaran daripada media arus perdana tentang kenaikan ini. Dalam kesibukan politik yang melampau ketika ini ditambah pula dengan isu pencerobohan di Lahad Datu, secara senyap nan sunyi harga minyak naik tanpa ada sebarang makluman kepada rakyat? Mainan apakah ini sebenarnya? Pada pendapat penulis kenaikan harga minyak ini sangat sesuai pada tika dan waktunya. Isu-isu panas yang berlaku di negara kita memungkinkan masyarakat tidak langsung menghiraukan perkara lain di sekeliling mereka. Lagi pula RON97 bukan menjadi keutamaan bagi majoriti masyarakat kini. "Kita kan dah ada RON95 yang lebih murah, persetankan saja harga RON97 naik mendadak sekalipun". Jika ada yang berpendapat sedemikian maka sangat dangkallah pemikiran mereka.
Dalam sedar atau pun tidak, kenaikan harga minyak itu bakal menjadi pemula kepada harga barangan lain turut meningkat. Tidak pernah sekali pun sejarah yang berlaku dalam negara kita apabila harga minyak naik maka harga barangan keperluan lain akan jatuh!!! Itu merupakan salah satu misi yang tersangat mustahil! Persoalannya kenapa kenaikan harga RON97 tidak dilaporkan kepada masyarakat? Takut rakyat marah? Takut rakyat membenci kerajaan? Takut rakyat berpaling tadah kepada pembangkang? Takut rakyat akan menyokong pakatan pembangkang? Jika takut kenapa dinaikkan?
Penulis sempat singgah di stesen minyak Shell dan juga Petronas untuk melihat cebisan kertas yang selalu ditampal di setiap pam yang tertulis jadual harga minyak RON95 dan Diesel sebelum dan selepas subsidi. Harga RON97 tidak disertakan kerana ianya tidak disubsidikan. Perkiraan matematiknya sangat mudah:
Harga tanpa subsidi RON97 = RM2.90 (7 Mac 2013)
Harga tanpa subsidi RON95 = RM2.69 & ditolak dengan subsidi kerajaan RM0.79sen = Harga jualan = RM1.90 (Februari 2013)
Penulis difahamkan harga terkini tanpa subsidi RON95 = RM2.94 & ditolak dengan subsidi kerajaan RM1.04 = Harga jualan RM1.90 (Mac 2013)
Tidak pelikkah kita RON97 yang kualiti minyaknya jauh lebih baik berbanding dengan RON95 dijual dengan harga yang lebih rendah (setakat Mac 2013) jika kedua-duanya dijual tanpa subsidi kerajaan? Di semua stesen minyak di Malaysia memeperakui RON97 lebih baik dan kajian saintifik mengenainya juga telah banyak menunjukkan bukti.
Setelah beberapa penelitian secara peribadi penulis mengenai harga minyak ini, penulis mempunyai satu cadangan yang penulis rasakan ianya cadangan yang sangat relevan kepada masyarakat. Sesuailah dengan slogan yang sering dilaungkan oleh kerajaan hari ini 'Rakyat Didahulukan', 'Janji Ditepati' dan pelbagai slogan lain yang kesemuanya menunjukkan kerajaan kita pada hari ini begitu menjaga kebajikan terhadap rakyatnya.
Cadangan penulis:
1. Subsidi RON95 dimansuhkan dan dijual mengikut harga semasa tanpa subsidi iaitu pada harga RM2.94 (mengikut harga sehingga Mac 2013).
2. Subsidi RON95 sebelum ini iaitu RM1.04 (mengikut subsidi sehingga Mac 2013) disubsidikan keatas RON97.
3. Harga RON97 selepas subsidi adalah RM2.90 - RM1.04 (subsidi Mac 2013) = RM1.86.
Oleh itu rakyat Malaysia akan menikmati minyak yang lebih berkualiti dengan harga selepas subsidi tanpa menaikkan jumlah subsidi yang disubsidikan keatas RON95. Selama ini, akhibat daripada perbezaan harga subsidi dan tanpa subsidi yang sangat ketara, kenderaan warga asing yang masuk ke negara kita tidak dibenarkan membeli/mengisi minyak yang disubsidi iaitu RON95. Mereka hanya boleh membeli/mengisi minyak RON97 dengan harga yang lebih mahal tetapi kualiti minyaknya lebih baik dan berkualiti. Jadi bermula daripada ini, kita hanya perlu tukarkan sahaja daripada RON97 kepada RON95 untuk kenderaan warga asing dengan harga RON95 tanpa subsidi kerajaan iaitu dengan harga RM2.94 (sehingga Mac 2013). Jika situasi ini berlaku barulah layak untuk ditabalkan sebagai kerajaan yang benar-benar mendahulukan rakyat.
Namun persolan lain terus bermain dibenak penulis sejak sekian lama.
Apakah benar RON95 disubsidikan?
Apakah benar jumlah subsidi untuk RON95?
Kenapakah harga RON95 tanpa subsidi lebih tinggi berbanding RON97 yang sememangnya tidak disubsidikan?
Penulis akan tetap setia menanti jawapan daripada cerdik pandai...Wassalam
Tuesday, 12 February 2013
PSY KALAHKAN NAJIB DI PULAU PINANG?
Semalam penulis sempat melihat video dari sumber Youtube berkenaan dengan ucapan pendek PM kita di Pulau Pinang bersempena sambutan Chinese New Year (Tahun Baru Cina) di padang sekolah Han Chiang iaitu lokasi yang menjadi simbolik kepada kemenangan DAP pada Pilihan Raya 2008. Dalam sambutan tersebut, Psy yang terkenal dengan Gangnam Style adalah artis jemputan utama yang dijemput khas oleh pihak penganjur. Psy dilaporkan oleh laman hiburan tempatan telah meminta penganjur konsert dari Malaysia tersebut sejumlah US$750,000 (RM2.3 juta) sekiranya mahu beliau tampil di Kuala Lumpur pada tahun lalu.
Meskipun
kehadirannya ke Pulau Pinang mendapat bantahan dari ribuan peminatnya, Superstar
Korea Selatan, Psy akhirnya hadir juga untuk menjayakan program sambutan Tahun
Baru Cina anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang.
Mungkin menjadi detik hitam bagi Najib apabila dimalukan di hadapan kira-kira 80 ribu orang yang hadir untuk menyaksikan konsert Psy. Mungkin juga tidak kena pada tempatnya Najib mengutarakan soalan 'are you ready for Psy?' Diulangi sebanyak 3 kali, para hadirin mangatakan YES. Tetapi sebaliknya berlaku apabila soalan 'are you ready for BN?' Juga diulangi sebanyak 3 kali tetapi dengan jelas kedengaran, ramai mengatakan NO.
Bagi penulis, jeritan yang mengatakan NO kepada BN adalah kerana keseluruhan mereka yang hadir tidak sabar lagi untuk menyaksikan Psy beraksi dan bukan bermaksud membenci PM atau pun BN. Ini kerana, kehadiran orang ramai ke konsert Psy bukanlah untuk mendengar celoteh Najib. Bagi mereka, tidak perlulah menagih simpati politik dikala sambutan Tahun Baru Cina yang sepatutnya bebas daripada ceritera politik. Tindakan Najib mengutarakan soalan sedemikian lebih kepada untuk melihat reaksi masyarakat Pulau Pinang sama ada dengan hidangan konsert berkenaan akan memberi impak yang positif bagi mengembalikan semula sokongan masyarakat Pulau Mutiara itu kepada BN.
Ternyata pertanyaan itu memalukan diri sendiri sekiranya beliau mendengar dengan jelas dari atas pentas tempat beliau berucap. Kesimpulannya, ternyata Psy telah berjaya mengalahkan Najib di pentas yang dianjurkan oleh BN manakala Psy yang hanya hadir sebagai artis jemputan yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik diisytiharkan sebagai pemenang pada hari tersebut. Apa-apa pun BN tidak perlulah menjadikan detik hitam itu sebagai kayu ukur sebenar sokongan rakyat Pulau Pinang kepada mereka.
Wednesday, 30 January 2013
MOTIVASI DIRI: SELAGI KITA HIDUP, BERUSAHALAH UNTUK LEBIH MAJU
Desawarsa ini manusia hidup saling bersaing untuk berada di tampuk kehebatan yang paling atas. Kita akan semakin terkebelakang sekiranya gagal menempatkan diri dalam persaingan tersebut. Di zaman yang serba canggih ini, tanpa kita sedari manusia semakin hanyut dengan pelbagai habuan gajet hasil daripada ciptaan manusia itu sendiri yang serba-serbi hebat. Pernahkah kita terfikir kenapa begitu cepat dan pesat ciptaan itu? Itulah apa yang dikatakan kemajuan. Semua manusia berhak untuk hidup lebih maju meski pun dia hanyalah bergelar seorang petani mahu pun nelayan atau sesiapa sahaja. Namun kemajuan seseorang itu sangat subjektif untuk dihuraikan.
Majunya seseorang itu bukan hanya setakat dia berjaya memperoleh sijil, diploma, ijazah dan apa sahaja pengiktifan lain. Bagi penulis, manusia itu boleh dikatakan maju apabila hasil ciptaan atau apa sahaja bawaannya boleh memberi manfaat kepada orang lain tanpa putus-putus. Misalnya ciptaan Mendiang Steven Paul Jobs atau lebih dikenali dengan nama Steve Jobs menerusi ciptaan barangan berjenama Apple yang sehingga kini digilai seantero masyarakat dunia.
Kita tidak perlulah berangan untuk menjadi Steve Job tetapi kita harus bercita-cita untuk menjadi manusia yang lebih hebat daripada beliau. Bagaimana? Tepuk dada tanyalah keyakinan dan kemampuan diri. Kadang-kadang kita sentiasa berfikiran sangat pasif. Tengok sahaja kejayaan orang lain, kita hanya mampu berkata,"eleh dia boleh lah sebab itu...ini..".
Ada seorang kenalan lama yang juga sahabat rapat penulis ketika masih belajar dahulu, dia merupakan seorang pekerja di salah sebuah syarikat swasta. Kami yang sama-sama tamat belajar, masing-masing mencari haluan sendiri. Lain orang lain pula caranya. Penulis mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan harapan agar lebih terjamin masa depan manakala sahabat penulis terus bekerja. Selang beberapa tahun, penulis tamat pengajian dan menjadi seorang pendidik. Sahabat penulis dengan hanya berkelulusan diploma kini mempunyai syarikatnya sendiri hasil daripada pengalaman kerjanya ketika bersama syarikat tempat dia bekerja. Penulis sentiasa mendoakan kejayaannya..Aminn.
Bukanlah bermakna kita tidak perlu belajar tinggi-tinggi tapi secara moralnya, walau apa pun pencapaian kita, sentiasalah bergerak ke hadapan dengan berpaksikan apa sahaja pengalaman yang kita ada untuk menggapai hidup yang lebih maju. Rugilah sekiranya kita sedikit pun tidak ada cita-cita untuk maju dalam hidup. Yakinlah bahawa Allah akan membuka pintu rezeki kepada sesiapa sahaja yang sentiasa berusaha. Jangan sesekali putus asa menjadi halangan.
Halangan terakhir kita sebelum kita sampai kepada impian atau matlamat hidup kita adalah PUTUS ASA. Manusia akan tewas tersungkur sekiranya tidak dapat menempuhi halangan terakhir itu. Penetapan matlamat hidup itu penting tetapi berjaya mencapai matlamat yang diimpikan adalah lebih penting. Begitu juga dengan kemajuan diri kita. Maju itu penting tetapi kemajuan yang boleh memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara adalah lebih penting.
Masih ingatkah kita dengan peribahasa 'perigi mencari timba'? walaupun ianya satu kiasan yang merujuk kepada soal pencarian jodoh tetapi penulis mempunyai definasi tersendiri tentang peribahasa tersebut. Perigi sudah tersedia mana mungkin perigi pula akan memanggil timba untuk mengambil air darinya. Begitulah juga dalam kehidupan kita. Allah telah membuka ruang rezeki yang tidak terkira banyaknya. Mana mungkin rezeki itu datang kepada kita jika hanya menunggu tanpa melakukan sesuatu untuk mendapatkan rezeki tersebut. Tidak mungkin sama sekali nasi yang terhidang akan masuk ke mulut kita tanpa tangan yang bergerak untuk menyuapnya.
Cabaran adalah risiko. Tidak ada satu perkara pun di dunia ini yang tidak ada cabaran. Bayi kecil pun perlu mengharungi cabaran untuk bergerak, merangkak, brejalan dan seterusnya berlari. Cabaran boleh bertukar menjadi risiko. Seorang peniaga misalnya perlu melalui cabaran bagi meningkatkan ekonomi perniagaannya. Sekiranya cabaran yang dilalui begitu getir dan tidak dapat ditangani maka kerugian akan menimpa. Itulah yang dikatakan risiko. Tidak semua orang sanggup menanggung risiko tetapi harus diingat bahawa orang yang berani menanggung risiko selalunya orang itulah yang akan menjadi orang yang paling berjaya kerana halangan PUTUS ASA dapat ditangani dengan bijaksana tanpa sebarang aksi emosional yang bobrok.
Sebagai kesimpulannya, tetapkan matlamat diri untuk hidup lebih maju. Tinggalkan segala perkara yang boleh memundurkan langkah kita. Berfikir, berikhtiar dan bertindaklah dengan yakin kerana selagi usaha kita tidak melanggar batas syariat, Insyaallah Yang Maha Pemurah akan memudahkan perjalanan kita untuk menjadi manusia yang paling MAJU di dunia dan akhirat..Aminn.
Tuesday, 1 January 2013
SELAMAT DATANG 2013
Hari ini merupakan permulaan tahun 2013. Tidak ada ada pun yang istimewa kerana ianya hanyalah sekadar pergerakan masa yang telah diatur oleh Ilahi. Manusialah yang menjadikan sesuatu hari itu istimewa namun disisi yang Maha Perkasa, belum tentu istimewa seseorang itu yang merasa bangga dengan hari yang mereka anggap istimewa itu.
Seperti kebiasaan, orang akan sering memperkatakan tentang azam baru saban tahun. Penting sangatkah azam kita? Jika sesuatu azam itu boleh menjadikan kita lebih baik, lebih hebat, lebih cemerlang, lebih berjaya dan yang paling penting lebih BERIMAN, maka azam itu tersangatlah penting tetapi jika sebaliknya tidak perlulah kita membazirkan air liur untuk menyebut tentang azam baru.
Bagi penulis, setiap manusia mempunyai azam yang tersendiri. Penulis sendiri dgn penuh rasa rendah diri berharap agar pada permulaan tahun ini, akan menjadi manusia yang lebih baik sehingga penghabisan tahun seterusnya untuk tahun-tahun yang mendatang. InsyaAllah...
Dengan kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2013 kepada semua pembaca setia yang budiman, pelawat blog serta seluruh masyarakat seantero benua dengan harapan agar kita terus-menerus di dalam kerahmatan dan kemuliaan Allah S.W.T..Aminn
Subscribe to:
Posts (Atom)